@suarasarawak: Dari Lensa Sang Ayahnda: Minat Fotografi Berputik Daripada Warisan Seni Keluarga. Minat mendalam Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), dalam bidang fotografi bukannya lahir secara kebetulan, sebaliknya berputik hasil pemerhatian beliau terhadap kerjaya ayahandanya yang pernah bertugas sebagai jurugambar di Jabatan Muzium suatu ketika dahulu. Inspirasi daripada seni visual dan kehalusan kerja sang ayah bukan sahaja memupuk kegemaran beliau terhadap seni merakam gambar sebagai hobi masa lapang, malah membentuk sudut pandang peribadi yang menghargai warisan, sejarah, serta keindahan detik-detik kehidupan di sekeliling beliau di sebalik tanggungjawab rasmi pentadbiran negeri. #dunsarawak #suarasarawak