@berita.ks: JAKARTA, 16 Okt - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilaporkan bersetuju menerima bantuan daripada negara jiran, termasuk Malaysia, bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang melanda beberapa wilayah di negara itu. Menteri Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata, mekanisme pelaksanaan bantuan berkenaan sedang dibincangkan di peringkat teknikal oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB). “Perkara itu sudah dibincangkan dan kini sedang dalam proses. Seperti yang kita ketahui, Presiden juga telah memberikan persetujuannya,” katanya menurut laporan ANTARA Indonesia. Arrmanatha berkata, Prabowo memberikan perhatian serius terhadap usaha menangani kebakaran hutan berikutan kesannya yang meluas, termasuk kepada negara jiran. Setakat 13 Oktober lalu, Indonesia mengerahkan seramai 60,177 anggota terdiri daripada pasukan bomba, tentera, polis, pegawai perhutanan dan sukarelawan bagi mengawal kebakaran di kawasan terjejas. Operasi pemadaman turut melibatkan penggunaan pesawat dan helikopter untuk melaksanakan pengeboman air dari udara serta operasi pengubahsuaian cuaca. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menawarkan bantuan sebuah pesawat, tiga helikopter dan 52 anggota pemadam kebakaran ketika mengadakan pertemuan dengan Prabowo di Hambalang, Bogor pada 18 September lalu. Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Indonesia pada Rabu memaklumkan bahawa perbincangan dengan Malaysia masih berlangsung bagi memperincikan keperluan operasi, penghantaran anggota serta sokongan logistik sebelum bantuan dilaksanakan. #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Friday 16 October 2026 11:27:13 GMT
Music
Download
Comments
Lucas :
terima bantuan cover😂😂😂
2026-10-16 11:40:37
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.