@sinarharianonline: #ICYMI Dua anak perempuan kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim meminta buat panggilan video untuk bercakap dengan ibu mereka dan masih belum mengetahui wanita itu meninggal dunia dipercayai dibunuh di Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis. Kakak mangsa, Marliza Ibrahim, 48, berkata, kedua-dua anak saudaranya yang masing-masing berusia enam dan lima tahun itu tinggal bersamanya sejak kecil di Pengkalan Kubor. #SinarHarian #BeritaTerkini #Sepang #KesBunuh #AKPS