@akang_welter: KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish, 44, terharu apabila menerima mesej peribadi daripada seorang wanita yang menawarkan dirinya menjadi calon isteri kedua buat suaminya. Wanita itu menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang baik dan beriman, malah menyatakan hasrat untuk mencari pasangan kedua buat lelaki berkenaan. Bagaimanapun, Nora tidak menyambut tawaran itu, sebaliknya tersentuh dengan keikhlasan wanita terbabit yang sanggup mencari pasangan buat suami sendiri. "Kalau ini benar, sayunya hati. Ada juga isteri sebaik ini. Jangan buat saya menangis malam-malam," tulisnya menerusi perkongsian di media sosial. Nora turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu terus dilimpahi kesetiaan dan kasih sayang, selain berharap si suami sentiasa menghargai isterinya hingga akhir hayat.
Informasi & Viral Video
Region: MY
Friday 16 October 2026 14:14:03 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm
homepage.