@beritartm: JOHOR BAHRU, 16 Okt – Kepulan asap tebal menjulang dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau ketika kebakaran berlaku petang tadi, mencetuskan perhatian selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial. Orang awam yang berada di lokasi memaklumkan bunyi letupan turut kedengaran ketika insiden berkenaan, yang menyebabkan gangguan bekalan elektrik di lebih 10 kawasan sekitar bandar raya ini. Kejadian itu turut mengakibatkan dua lelaki dewasa cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di pencawang berkenaan. Kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bekalan elektrik di semua kawasan terjejas berjaya dipulihkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam, selepas kerja pemulihan dilaksanakan secara berperingkat mulai pukul 6.44 petang. Penerbit/Suara latar: Noorasikin Salleh Sumber visual: Media sosial Yang sahih di RTM' #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani #TaatSetia #BersamaMALAYSIAKU #RancakkanMADANI #MADANIBekerja