@mediaselangor: Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat, susulan penambahbaikan pelaksanaannya antara lain bertujuan mengurangkan kesesakan di klinik kesihatan awam, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap program di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) itu, selepas mengambil kira keberkesanannya dalam menangani isu penyakit tidak berjangkit (NCD). #MediaSelangor #PeKaSihat #KlinikKesihatan