@suarasarawak: TASKA Kekal Beroperasi, Aktiviti Luar Dikurangkan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesahkan tiada arahan penutupan dikeluarkan bagi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) setakat ini, berbanding penutupan sekolah di beberapa negeri seperti Johor dan Selangor. Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan untuk menghantar anak-anak ke TASKA diserahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan keutamaan ibu bapa, terutamanya bagi mereka yang bekerja. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan agar pengusaha TASKA dan ibu bapa memastikan tiada sebarang aktiviti luar dijalankan dan menggesa agar kanak-kanak yang bergejala atau sakit segera dibawa mendapatkan rawatan perubatan.#suarasarawak #jerebu #taska