@berita.ks: JOHOR BAHRU, 17 Okt - Kerajaan Johor menggesa negara anggota ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh langkah pengawalan dan pencegahan kebakaran serta pemantauan titik panas pada masa akan datang. Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Bencana Peringkat Negeri yang turut memberi perhatian kepada risiko jerebu rentas sempadan susulan aktiviti titik panas di Indonesia. Beliau berkata, Johor berdepan episod jerebu sejak 25 Ogos lalu, dengan beberapa kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat. "Keadaan ini amat membimbangkan, khususnya terhadap kesihatan dan kehidupan seharian rakyat," katanya. Menurut Onn Hafiz, berdasarkan maklumat terkini daripada Pusat Meteorologi Khas ASEAN, sebanyak 453 titik panas dikesan di Kalimantan, manakala 153 lagi direkodkan di Sumatera. "(Ini) berpotensi meningkatkan risiko jerebu sekiranya berlaku kebakaran dan pergerakan asap merentasi sempadan," katanya. Setakat jam 4 petang tadi, Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia kendalian Jabatan Alam Sekitar memaklumkan Pasir Gudang dan Larkin berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU 202. Enam lagi kawasan di Johor merekodkan tahap tidak sihat, iaitu Pengerang dengan bacaan IPU 181, diikuti Batu Pahat dan Kota Tinggi masing-masing 171, Kluang (168), Tangkak (159) serta Segamat (156). #BeritaKS
Berita_KS
Region: MY
Saturday 17 October 2026 05:18:14 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm
homepage.