@hanz_ervan: Setuju!! Kalau isteri orang sekalipun, apa pun alasannya—dendam, tak puas hati atau masalah rumah tangga—bukan caranya mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaan hingga akhirnya terjebak dalam skandal. Si lelaki pun satu hal. Kau tahu dia isteri orang, jadi jagalah batas. Tak kisahlah dia bermasalah, kau kesian atau dia sendiri yang mula meluahkan perasaan. Keyword dia: BINI ORANG! Lelaki sepatutnya tahu mengawal diri dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan emosi seorang wanita. Kalau betul kau lelaki bermaruah, kau tahu bila perlu berhenti sebelum melampaui batas. Memang bukan semua lelaki begitu. Ramai lagi lelaki yang ada prinsip dan maruah. Tetapi kalau dah tahu perempuan itu isteri orang, jangan sengaja buka ruang untuk hubungan yang tak sepatutnya. Nasihat untuk suami isteri yang sedang bermasalah, mudah saja: Don't play play! Jangan mulakan hubungan terlarang dengan alasan sekadar berkawan di tempat kerja atau tempat meluahkan perasaan face tp.face. Kalau dibiarkan, akhirnya boleh sampai ke hotel, dalam kereta atau ke mana-mana sahaja, asalkan nafsu dituruti. Itu yg terjadi kes seorang ustaz politaik terkenal, kaunseling isteri orang di bilik hotel. Pakcik kpd tokoh News Age terviral. Semoga Allah lindungi kita semua dari kebobrokan itu. Lelaki yang benar-benar bermaruah tak akan sengaja merosakkan rumah tangga orang lain. Kalau rumah tangga sendiri dah tak boleh diselamatkan, selesaikan dengan cara yang baik. Kepada suami orang pula, kalau isteri dah tak mahu bersama, jangan sampai hilang maruah kerana terlalu mengejar atau berdendam. Kalau masih boleh diperbaiki, usahakanlah. Kalau sudah tiada jalan, lepaskan dengan baik. Ramai lagi wanita baik di luar sana, sama ada anak dara atau janda. Dan kepada isteri orang, kalau ada masalah dengan suami, selesaikanlah dengan cara yang betul contoh kaunselor yg kalian dilindungi undang-undang. Benar kalian perlu meluahkan jika tidak, dapat pulak suami yg mental, kalian pun boleh jadi mental. Banyak kes begini, mental torture. Jangan jadikan masalah rumah tangga sebagai alasan untuk berlaku curang. Akhirnya, setiap orang bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya sendiri. Jangan salahkan emosi, keadaan atau orang lain untuk menghalalkan pengkhianatan. Allahu musta'an. #sharing #xyzbca #fypシ゚ #curangitupilihanbukankesilapan
Hanz
Region: MY
Saturday 17 October 2026 07:26:56 GMT
Music
Download
Comments
Maasyah :
astaghfirullah😭😭😭tempat kerja sy ni ada tau 3 psg mcm ni lah..masing2 dh berkahwin yg satu psg smpi ceraikan laki dia, yg satu psg pula , bujang + dh berkahwin, yg satu psg lg dua2 masi dlm perkahwinan msing2.. nauzubillahiminzalik . sy doakan drg masing2 dpt hidayah dn kembali ke pangkal jalan dn minta Allah jauhkan sy dn keturunan sy dri sifat seperti ini aaminnn
2026-10-17 11:18:06
20
F!€r@🥷 :
semoga Allah ampunkan dosa kita semua
2026-10-24 08:12:12
2
sevensea🔰 :
ni lah trjadi padaku.. tapi takpe.. allah maha adil.. anak ttp bersamaku.. akhirnya lepas jgk, sbb tak sggp mnggung beban ni.. nafkah tmpt tggl smua ckup.. tpi lbh mmlih yg lain.. biarlah aku brsama ankku[Fire] ingt allah tu maha adil.. tggu balasan nya
2026-10-19 17:09:33
7
Jane :
sedih kan
2026-10-17 12:46:36
3
S E O R A N G N A D I A 🍉 :
nauzubillahiminzalik..
2026-10-18 06:00:36
1
KDK :
Apa kte buat dlm hidup ni adalah berdasarkan hubungan kte ngn Allah SWT. Klau kte jaga hubungan ngn Allah SWT. Inn Shaa Allah akan dijauhkan dr perkara melalaikan. Klau hubungan ngn Allah SWT dr awal dh tak betul. Tak betul la perjalanan hidup kte ni kedepan.
2026-10-18 10:39:09
1
I’m :
2026-11-03 08:38:02
0
FA :
sebagai housekeping macam2 orang saya jumpa 🥺sedih umat akhir zaman
2026-10-17 21:38:57
3
Kay Kay :
Ex office mate sy yg perempuan macam ni la,bos hantar gi kursus tp dia duk buat kerja 'part time'.Kesian suami dia,baik n soft spoken.Suami dah baik,isteri pulak yg jahat
2026-10-18 05:09:28
2
LurveFood :
dalam gov ramai macam ni lg2 masa kursus ptm sebulan ..dulu ad ptm sbulan ...bini org check in hotel dgn suami org yg sama2 kursus ptm dgn dia
2026-10-18 01:25:56
0
N@8il@Hmi!sp🙃n :
Sama2 naik masalahnya.. dua2 x butakan hukum.. bukan x tau tp butakan..siap sama2 ketawa meruntuh kan masjid sndiri..
2026-10-27 14:36:08
0
548fm :
Isteri org berniza dgn org lain bukan ke auto terbatal perkahwinan dia?siapa arif dlm ni tlong sahkan
2026-11-06 16:19:20
0
alongmawi8 :
[HAHAHA besar][HAHAHA besar][HAHAHA besar][HAHAHA besar][HAHAHA besar]
2026-10-18 03:31:00
0
To see more videos from user @hanz_ervan, please go to the Tikwm
homepage.