@laksamanapharmacy: ⚖️ Nak turun berat badan… tapi anda tahu apa yang sebenarnya anda nak kurangkan? Ramai orang bila cakap nak kurus, terus fokus pada nombor atas penimbang. Tapi berat turun tak semestinya bermaksud lemak turun. Berat yang hilang boleh datang daripada: 🔥 Lemak 💪 Otot 💧 Air dalam badan Sebab itu, matlamat yang lebih baik bukan sekadar “nak jadi lebih ringan”, tetapi: Kurangkan lemak berlebihan sambil cuba mengekalkan otot. Kalau lama tak jumpa Pharmacist Patrick, mungkin anda akan cakap: “Eh Patrick, kenapa nampak makin kurus?” 😂 Sepanjang setahun lalu, body fat mass Patrick berubah daripada kira-kira: 📊 17.5 kg → 14.1 kg Lebih kurang 3.4 kg lemak berkurang. Dan progress dia bukan garis lurus. Ada masa turun. Ada masa naik semula. Itu normal kerana pemakanan, senaman, tidur, stress dan rutin harian semuanya boleh mempengaruhi body composition. Bagi kami, perubahan kesihatan lebih sesuai dilihat sebagai small experiments: 🥗 Adjust makanan 💪 Adjust exercise 😴 Improve tidur 🧘 Urus stress 📊 Tengok trend dan adjust lagi Jadi kalau anda selalu kata: “Saya nak turun berat.” Cuba tukar kepada: “Saya nak kurangkan lemak berlebihan, kekalkan otot dan perbaiki body composition.” ❤️ Bukan sekadar lebih ringan — tetapi lebih sihat dan lebih kuat. Small Steps Today, Stronger Tomorrow. #LaksamanaPharmacy #FatLoss #BodyComposition #InBody #HealthyAging

Laksamana Pharmacy
Laksamana Pharmacy
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 18 October 2026 04:29:09 GMT
173
0
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @laksamanapharmacy, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About