@ohmymedia.cc: Dakwaan kononnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memerangkap bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kes khalwat adalah tidak benar, menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin menyatakan, JAIS menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima serta mengikut peruntukan undang-undang, bukannya memanipulasi keadaan untuk mengenakan individu tertentu. “Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat, kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh,” katanya. Sehubungan itu, Salehuddin meminta orang ramai memberi ruang kepada JAIS untuk melengkapkan siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes berkenaan. Beliau turut menjelaskan, tindakan pendakwaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya siasatan menemukan keterangan yang jelas dan mencukupi. “Percayalah JAIS akan melakukan sebaik mungkin siasatan dan kalau ada keterangan jelas, akan buat pertuduhan di mahkamah,” ujar beliau. Menurut Salehuddin, pendedahan mengenai penahanan itu kepada masyarakat bertujuan menjelaskan bahawa pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima. Katanya, pematuhan terhadap prosedur undang-undang amat penting bagi mengelakkan timbulnya dakwaan bahawa tindakan penguatkuasaan dilakukan secara sewenang-wenangnya. “Kita mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan sekiranya dilakukan tanpa peraturan dan sebagainya, kita juga akan ditohmah,” ujarnya lagi. Mengulas lanjut mengenai status dua individu yang ditahan, Salehuddin berkata, kedua-duanya dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan dilepaskan dengan jaminan. Terdahulu, dalam satu kenyataan, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS dalam satu insiden di Petaling Jaya pada Khamis. Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya pada awalnya mengadakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 18 October 2026 06:45:00 GMT
9027
119
11
3

Music

Download

Comments

user442195876576
Timmy :
Siapa musuh dia?
2026-10-18 09:24:35
0
rahman.ismail162
Rahman Ismail :
memang pattut mencegah kemunkaran....apa perangkap nya
2026-10-18 06:56:32
1
ummi5071
ummi :
Jangan lalai leka…ada yg memerhati, tak manusia, cctv,
2026-10-18 12:42:01
0
samborneo1232
Samborneo123 :
tindakan tetap on.itu lah sebetul dia
2026-10-18 12:43:13
0
bnasrani.gempurek
bnasrani gempureksatnaam :
so einbloedsinn
2026-10-18 10:43:24
0
rezman.abd.hamid
man :
kalau macam tu orang politik buat kerja maksiat yang tangkap biar kan saja alasan bincang project ......pandai makan pandai la simpan .....dah kantoi malu keluarga oiiiiiii
2026-10-18 07:55:52
0
suffianali013
suffianali013 :
Mula mula pemimpin Melayu Tuduh Menuduh dan hina menghina dan sekaranag JAIS dan MAIS pula dan yang tersenyum lebar jangan marah DAP
2026-10-18 07:50:07
0
mr.johnjonedjebeng
Mr John Joned Jebeng :
2026-10-18 08:00:15
0
muhamaad504
muhamaad504 :
Projek memburek kena bincang nk buka ladang tanah bukit🤣🤣
2026-10-18 08:56:35
0
weareraffaun
R€@L_RN :
[Laugh approved][Laugh approved][Laugh approved]
2026-10-18 08:49:49
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About