@rais.yasin: Saya berkesempatan menziarahi Nenek Ainon Dogol, 86 tahun, di Jalan Solok Dogol, Sungai Udang. Dalam usia begini, sudah tentu banyak perkara yang tidak lagi mudah untuk dilakukan. Nenek Ainon meluahkan hasrat untuk mendapatkan kerusi roda baharu kerana kerusi roda yang digunakan sebelum ini sudah rosak. Insya-Allah, saya akan usahakan untuk menyediakan kerusi roda baharu buat nenek. Semoga sedikit bantuan ini dapat memudahkan urusan harian nenek dan memberi keselesaan kepadanya. Selagi termampu, saya akan terus berusaha membantu. Doakan semoga Nenek Ainon sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. 💙 @Ab Rauf Yusoh #SungaiUdangKampungKita #BnSayangRakyat #MelakaSayangRakyat #KitaGengBiru #ManaLagiMelakaLerr