@ohmymedia.cc: Universiti Malaya (UM) mengesahkan tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap mahasiswa yang tular selepas menyuarakan persoalan dan pandangannya ketika sesi iFuture, baru-baru ini. Memetik laporan daripada Bernama, Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata pihak universiti sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya serta menyuarakan pandangan mereka dalam ruang perbincangan akademik. Menurutnya, platform seperti iFuture yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi ruang penting bagi mahasiswa berdialog secara langsung dengan kepemimpinan universiti. “Saya mengambil maklum perhatian dan pelbagai reaksi yang timbul susulan perkara itu. “Saya ingin menjelaskan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. “Sehubungan itu, dakwaan tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan. Terdahulu, satu klip video memaparkan seorang mahasiswa wanita UM menyuarakan pandangan mengenai skandal Lembaga Tabung Haji dan kutipan derma bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda RM50 juta, sekali gus menarik perhatian orang ramai. Mahasiswa berkenaan turut meluahkan kebimbangan terhadap gejala rasuah serta mempersoalkan pendirian yang perlu diambil oleh pemimpin masa depan dalam isu berkenaan. Mengulas lanjut, Noor Azuan menegaskan perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk dalam kalangan mahasiswa. “Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari. “UM akan terus komited untuk menjadi gedung ilmu terunggul yang melahirkan bakat terbaik negara, di samping membentuk sahsiah dan watak mahasiswa yang berfikiran kritis, berprinsip serta bertanggungjawab,” katanya.
Oh My Media
Region: MY
Sunday 18 October 2026 07:45:20 GMT
Music
Download
Comments
SU :
naib canselor kakitangan kerajaan,faham jer la,aku pun kakitangan kerajaan ,faham2 jer la,lain la kalau BN yg memerintah masa ni,ada cerita lain la😳
2026-10-18 08:56:22
4
Dean :
2026-10-18 09:26:02
3
Asma Ahmad :
cuma bertanya bkn bt jenayah, terbaek kk dik
2026-10-18 08:14:28
3
kucing.hansom.motorrad :
2026-10-18 10:54:40
3
Mr John Joned Jebeng :
2026-10-18 08:00:29
2
shzrlstudio :
Kenapa nak kenakan tindakan tatatertib?
2026-10-18 07:49:44
1
CHEMAD :
Terbaik NC UM
2026-10-18 08:54:52
1
akudankamu76 :
Mmg terbaik tp dema kn x wajib ikut kite ka duiy kite jika cuksi boleh la di bahas kn
2026-10-18 23:17:18
0
MR FERD :
pahal nk kena tindakan tatatertib pulak
2026-10-19 00:52:11
0
Omiya Kalcipur :
2026-10-18 15:20:50
0
Dean :
o
2026-10-18 09:25:56
0
Ibu Ling :
klon adam adil ptptn lh ni...ape kes tang ph ni semua boleh...semua betul..hampehhh betul ph ni..bubar cepat parliment..pru16...x sabar
2026-10-18 10:30:43
0
musafir_ilmu2 :
Alhamdulillah...satu permulaan yg baik dlm reformasi tahap intelektual mahasiswa
2026-10-18 09:21:11
1
mannnnn996 :
Dari dulu zaman pemerintah sebelum ni sama je tiada menyekat siswa-siswi bersuara apa? Apa yang nak dibanggakan? Bukankah lebih bagus sembang bab ekonomi sekarang ni? Tu je la modal ph dap 🤣
2026-10-18 15:24:44
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.