@jimkelantan: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ MACHANG, 17 OKTOBER 2026 โ Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah berlangsung dengan meriah di Kampung Gosong dan Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Machang, Kelantan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Turut hadir ialah YBhg. Datoโ Lokman Effendi bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, bersama-sama barisan kepimpinan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Program ini merupakan antara inisiatif strategik KDN dalam memperkukuh agenda Malaysia MADANI melalui pendekatan bersepadu yang melibatkan komuniti setempat, institusi pendidikan dan agensi kerajaan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan masyarakat, memperkasa pembangunan pendidikan serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, harmoni dan sejahtera. Warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan (JIM Kelantan) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas pelaksanaan inisiatif ini dan komited untuk terus menyokong usaha KDN dalam memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dengan masyarakat demi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI. #JIM #TaatSetia #PERKASA #Imigresen #Immigration ยฉ๏ธ 2026 Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan Jom ikuti media sosial rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kelantan: https://linktr.ee/jimkelantan
jimkelantan
Region: MY
Sunday 18 October 2026 08:15:34 GMT
Music
Download
Comments
sarjan mamu :
Terbaek JIM.. Pastak hadir
2026-10-18 10:36:20
0
Redzuan Alias :
terbaik MDN
2026-10-18 10:45:07
0
To see more videos from user @jimkelantan, please go to the Tikwm
homepage.