@ohmymedia.cc: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui kehidupannya berubah sepenuhnya selepas sah bergelar suami kepada selebriti, Bella Astillah pada 10 Oktober lalu. Menerusi perkongsian di Instagram Teamsaddiq, Syed Saddiq, 33, berkata rutin hariannya kini berbeza apabila perlu mengutamakan keperluan isteri dan dua anak tirinya, Ayden Adrean serta Ara Adreanna, sebelum mereka berangkat ke sekolah. “Seratus peratus hidup berubah. Sebelum ini hanya ada saya sahaja di rumah, tetapi sekarang bukan setakat isteri di sisi setiap pagi, malah ada dua orang anak sekali. Bagi saya, ini adalah sesuatu yang sangat mahal harganya. “Dulu saya bangun awal untuk bersukan, tetapi sekarang rutin itu perlu diubah suai bagi menyiapkan anak-anak ke sekolah. “Walaupun tempat kerja saya di Ampang dan jaraknya bukanlah dekat dengan kediaman, saya tetap gembira melakukannya,” katanya. Mengulas mengenai penyesuaian dalam kehidupan berkeluarga, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia tidak menganggap tanggungjawab menguruskan keluarga sebagai satu bebanan. Sebaliknya, kehadiran Bella dan anak-anak dianggap sebagai kekuatan terbesar yang memberikan motivasi tambahan dalam perjuangan politik serta kehidupan sehariannya. “Saya beradaptasi dengan baik. Momen apabila anak-anak bersalam tangan sebelum ke sekolah itu sangat berharga. “Walaupun mungkin ada yang melihat perubahan ini sebagai sesuatu yang radikal kerana perlu menguruskan isteri dan anak-anak, pada saya, mereka adalah kekuatan untuk saya terus berjuang serta mengubah perspektif saya dalam banyak perkara,” jelasnya lagi. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mendedahkan bahawa kebahagiaan dalam kehidupan peribadinya kini memberikan kesan positif terhadap prestasi profesional, terutama ketika berucap di Parlimen. “Dari situlah mungkin kadangkala ketika di Parlimen, saya berucap dengan lebih tenang walaupun orang luar tidak nampak. “Saya kini mempunyai keluarga untuk saya pulang. Saya tidak akan menukar apa-apa dalam hidup saya demi mereka,” katanya. Terdahulu, Syed Saddiq sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang berlangsung di aras 118, Menara Merdeka Maybank pada 10 Oktober lalu. Bella yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Oh My Media
Oh My Media
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 18 October 2026 09:42:39 GMT
128542
5318
94
51

Music

Download

Comments

zulaiha_zikir
Siti Zulaiha Mohammad :
alangkah aman dunia ni kalau semua bapa tiri mcm ss kan?
2026-10-18 10:23:49
176
noorfa250596
noorfa :
limited edition YB SS ni..
2026-10-18 15:42:24
1
user252002025
aisyah :
kdg ayh tiri lebih baik dari ayh kandung..berterima ksih pd yb yg sygkn ank tiri mcm ank kndung♥️
2026-10-18 14:05:59
37
user6145015008484
user6145015008484 :
tak kira bapak tiri ke, bapak kandung ke,siapa yg lebihkan tanggung jawab,itu yg penting.
2026-10-18 11:42:39
58
inik.eva
Inik Eva :
terbaik Yb SS. Bertuah Bella dpt suami mcm YB. semoga mereka kekal till jannah
2026-10-18 12:29:46
24
tea_olaici
Teh Laici :
betullll...tanggungjwab sebenarrr
2026-10-18 11:46:19
11
ramset16
Ramset :
ingat..anak tiri tau...
2026-10-18 10:29:07
6
ganingarai6
Ganin garai :
YB SS menjadi contoh kpd bapa tiri
2026-10-18 11:56:17
14
ummi5071
ummi :
Teruslah berbahagia YB…hidup ini sebentar cuma, buatlah yg terbaik utk keluarga, pahala tidak terkira bg org yg berbuat baik terutama utk kaum keluarga
2026-10-18 14:11:44
9
rohana.ismail47
Rohana Ismail :
bella dan parent dia tlh mendidik anak2 bella menjadi insan yg hebat di dunia dan di akhirat
2026-10-18 11:56:41
7
mariaria8732
Maria :
sangat terbaik YB..semoga kekal bahagia..
2026-10-18 14:06:37
4
apambaliknusantara
Apam Balik Nusantara Pt Raja :
sbb dari kecik nak ada orang cium tangan YB....skrg 3 sekaligus dpt....dicium tiap hari.....🥰
2026-10-18 13:49:23
7
nishhhsh_
SSjelita :
Alhamdulilah... Semoga berbahagia sehingga ke Jannah Aminnnnnnnn
2026-10-18 15:00:50
2
puteri.hanna8
Puteri Hanna :
🥰momen cukup indah. sbb bila dah bsaq momen ni kita akan kenang sampai bila bila. .sehingga pejam mata🥰
2026-10-18 15:10:12
1
senget143aha
Senget🫧 :
Alhamdulillah…
2026-10-18 11:39:08
4
paktam55fgh
Desapaku :
Ayah tiri sy best in d world. Alfatihah Ayah! Bertemu di Syurga InsyaAllah
2026-10-18 22:59:51
0
kembaraqalbi
KembaraQalbi :
Fuh, ni wajah Bakal Perdana Menteri Malaysia Kita!!!
2026-10-18 20:29:54
0
ummizarzar
UMMIZARZAR :
alhamdulillah
2026-10-18 11:56:24
1
kama.riah846
Kama Riah :
dah bapa kandungnya lebih memilih utk bersama dgn wanita lain dulu...
2026-10-18 10:21:53
36
kakton.mie
Kakton Mie :
syukur pada Allah.... semoga bahagia selamanya bersama hingga akhir hayat..... Aamiin 🥰🥰🥰🥰🥰🥰
2026-10-18 10:37:07
7
kakcik307
KakCik@rozie :
smga dpt anak sndr nt prasaan kat anak tiri tu x brubah.. anak tiri ke anak sndr ke.. jgn ada lebih jgn ada kurg . sorg kne marah.. smua kne mrh.. sorg dpt brg smua dpt brg.. bukan mdh utk jd seorg ayah yang adil dlm kluarga.. hrpan mnggunung sis.. smga YB bahagian bsama kluarga yg d bina ni dan mnjd adil dan saksama .. igt pesanan sis tu ye. sis pon org muo tp duk n9😚😚.. agak² dpt x bantuan lattop.. tanye je🤭☺️
2026-10-18 10:33:37
6
ruslanichedin578
Mawar terinndah76# :
seribu dlm 1 ni...terbaik..tiljannah
2026-10-18 11:54:29
4
azila9610
Azila 🦈 Tea Ais :
Alhamdulillah.Maha indah aturan Allah untuk mereka.
2026-10-18 22:51:31
0
rakmah64
hjhR :
Moga keluarga mereka sentiasa di berkarti dn sucess selalau🤲
2026-10-18 23:58:07
0
azi.zah143
Azi Zah :
🥰🥰🥰🥰
2026-10-18 15:21:49
0
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About