@marlya._: Replying to @Fyfa____ Happy 2nd Birthday, our dearest Rose Medina. 🤍 Dua tahun lalu, Allah hadirkan seorang anak kecil yang bukan sekadar melengkapkan hidup kami, tapi mengubah seluruh cara kami melihat dunia. Rose Medina, dengan mata bulatnya, wajah bujur sirih, dagu runcing, kening yang cantik terbentuk, senyuman cheeky dan badan bulat-bulat yang tak pernah puas kami peluk. Tapi yang paling indah tentang Rose bukanlah rupa parasnya. Ia ada pada cara Rose membahagiakan orang sekeliling. Anak yang bijak, mudah dijaga, sentiasa menceriakan suasana dan punya satu keistimewaan — mudah membuat orang jatuh sayang, dan terlalu cepat membuat orang rindu. Sayang, Rose anak pertama kami. Dan kerana Rose, kami juga pertama kali menjadi mummy dan abi Sebenarnya, kita bertiga sedang membesar bersama-sama. Waktu Rose belajar tentang dunia, mummy dan abi juga sedang belajar menjadi ibu ayah yang lebih baik. Mummy yang melahirkan Rose, tapi Rose juga yang melahirkan sisi baru dalam diri mummy. Rose mengajar mummy erti sabar, kasih sayang dan bagaimana menjadi manusia yang lebih baik. Doa mummy, semoga Allah panjangkan usia Rose dalam keberkatan, murahkan rezeki, kurniakan kesihatan yang baik dan jadikan Rose anak yang solehah. Membesarlah dengan baik di sisi kami, dikelilingi kasih sayang yang tak pernah berkurang. Mummy percaya, one day, you’re going to be someone extraordinary. Mungkin mummy belum tahu sebesar mana takdir yang Allah tuliskan untuk Rose, tapi mummy percaya anak kecil ini akan pergi jauh dan suatu hari nanti membuat kami menitiskan air mata bangga. Bukan kerana sebesar mana kejayaan Rose, tetapi kerana betapa indahnya manusia yang Rose akan jadi nanti. Dan sejauh mana pun Rose melangkah suatu hari nanti, ingatlah sayang, mummy dan daddy akan sentiasa menjadi tempat Rose pulang. You are only two, my love. But you’ve already changed our whole world. Thank you for making us parents, for growing with us, and for being the most beautiful part of our lives. We love you endlessly, Rose Medina. 🤍
Marlya🩰🦢🎀
Region: MY
Sunday 18 October 2026 11:59:21 GMT
Music
Download
Comments
Tyra Ahmad :
happy birthday rosee 🌹
2026-10-18 14:10:15
0
matchasofuto4 :
haih 2nd dh rose , cepatnya masa 😌 dulu dtg kedai jumpa mar baru je lepas bersalin...skrg rose dh turn 2
2026-10-18 12:31:45
23
AMANI🐣 :
wow cantiknye
2026-10-18 12:04:22
6
دينا. :
comelnyee
2026-10-18 14:33:33
4
🦕 DoubleAA 🦕 :
boleh x nk no contct yg painting face tu
2026-10-18 12:32:14
1
Suriawati Abdullah :
Rose...
2026-10-18 14:00:41
0
tutti frutti 🍎 :
mashaallah comel nyaa rose ❤️Happy birthday cuties , semoga menjadi anak yang soleha dan dipermudahkan segala urusan 🤲❤️
2026-10-18 12:21:59
1
cahaya inani :
happy birthday Rose comelnyaaaaa 😘
2026-10-18 14:13:59
0
nad :
geramnya tengok moana tuu 🥹
2026-10-18 14:04:09
0
amrizal365 :
happy birthday roseyyy ni kek untuk roseyyy tercinta walaupun saya tak kenal awak tapi happy birthday untuk roseyyy
2026-10-18 16:04:07
0
Azeraazaman🐻 :
Comel laa dak roceyy ni.. happy birthday rose! 😍
2026-10-18 12:51:28
0
BELI JAJAN :
Happy birthday budak bijak pandai rose medina🥰
2026-10-19 02:02:30
0
HAZ :
2026-10-18 12:22:03
0
ʏ ᴏ ᴛ 💢 :
@kolamku.my
2026-10-18 14:45:29
1
Mawaddah Ismail :
🥰
2026-10-18 12:57:44
0
kolamku.my :
Alhamdulillah terima kasih cik marlya kerana mengambil servis kolam sewa dengan kami🥰 @Marlya🩰🦢🎀
2026-10-19 04:39:10
0
To see more videos from user @marlya._, please go to the Tikwm
homepage.