@mediaselangor: Penduduk Tanjong Sepat berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan maklumat kerajaan secara terus menerusi Program MADANI Kita 2026 di Dataran Pantai Batu Laut di sini, hari ini. Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat Datuk Borhan Aman Shah berkata program itu memudahkan urusan masyarakat apabila pelbagai jabatan dan agensi berkumpul di satu lokasi, tanpa perlu mengunjungi pejabat berlainan. #MediaSelangor #KlikSemasa #MADANIKita2026 #TanjongSepat