@mediaselangor: PARLIMEN | Isi rumah berpendapatan sederhana (M40) yang hilang pekerjaan boleh mengemukakan rayuan untuk penilaian semula kelayakan bantuan. Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata, kemudahan itu membolehkan bantuan bersasar dinilai semula berdasarkan kedudukan kewangan semasa mereka. “Bagi isu pengangguran, sebenarnya rayuan dibuka setiap hari. Setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan kalau status sedia ada sudah berubah dan mereka boleh membuat rayuan dengan segera,” katanya. Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan, Chin Tong berkata, kerajaan komited memastikan kadar pengangguran negara kekal di bawah empat peratus sebagai sebahagian daripada usaha menangani isu pekerjaan. #MediaSelangor #DewanRakyat #M40 #KadarPengangguran #BantuanBersasar