@bernamaofficial: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengutip RM376,091 hasil Lelongan Awam Kenderaan Sita Bilangan 2/2026, yang dilaksanakan menerusi aplikasi JPJvBID. Pengarah JPJ Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata sebanyak 120 daripada 157 kenderaan berjaya dilelong, sekali gus mengatasi hasil siri lelong sebelumnya. Beliau berkata selain hasil bidaan kenderaan, jualan 693 unit e-Katalog pula menyumbang RM34,650, manakala fi lelongan mengutip RM7,400 daripada 740 transaksi pembayaran yang direkodkan sepanjang tempoh lelongan. #BernamaNews