@suarasarawak: Sarawak Usul Kontrak Majistret Mahkamah Bumiputera Dilanjut Tiga Tahun Atasi Tunggakan Kes. Kerajaan Sarawak mencadangkan pelanjutan tempoh kontrak Majistret Mahkamah Bumiputera daripada satu tahun kepada tiga tahun demi menarik serta mengekalkan tenaga kerja berkelayakan tinggi, sekali gus mengatasi krisis kekurangan pegawai dan mempercepat penyelesaian ribuan kes tertunggak di seluruh negeri. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Seri John Sikie Tayai menegaskan bahawa tempoh kontrak yang terlampau singkat ketika ini menjadi punca utama kekosongan 15 jawatan penting di peringkat Mahkamah Bumiputera Residen dan Daerah, walaupun pihak mahkamah telah berjaya menyelesaikan 67 peratus atau 4,961 kes daripada 7,326 kes yang didaftarkan sejak tahun 2020. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini. #suarasarawak #mahkamah #dunsarawak #bumiputera
Native court should be up grade. Penghulu sitting in the native court should have proper qualification but not a penghulu merely politically appointed.
2026-10-20 05:15:03
0
Francis Giring :
👍👍👍
2026-10-19 12:02:31
0
To see more videos from user @suarasarawak, please go to the Tikwm
homepage.