@akang_welter: KOTA TINGGI - Tiga wanita berusia antara 22 hingga 23 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemalsuan sijil cuti sakit (MC) yang dipercayai digunakan untuk memperdaya majikan di daerah ini. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira jam 3.20 petang semalam. Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan laporan seorang pegawai perubatan sebuah klinik swasta pada 5 Oktober lalu berhubung kegiatan pemalsuan MC. "Siasatan awal mendapati suspek pertama dipercayai membeli sijil cuti sakit palsu sebelum menyerahkannya kepada majikan. "Suspek kedua pula dipercayai bertindak sebagai orang tengah dengan membantu mendapatkan MC palsu berkenaan daripada suspek ketiga," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik. Polis percaya penahanan ketiga-tiga wanita itu dapat membantu siasatan terhadap beberapa kes pemalsuan dokumen cuti sakit di sekitar Kota Tinggi. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Ketiga-tiga suspek direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut.

Informasi & Viral Video
Informasi & Viral Video
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 19 October 2026 12:48:16 GMT
125326
1385
30
422

Music

Download

Comments

ianpeace77
ian Peace :
Bab cuti sakit tipu,, MENGGELUPUR MEDIA,KERAJAAN dan Jabatan² berkaitan seperti Penindasan dahsyat... MAJIKAN MALAYSIA tindas pekerja,dgn tidak pedulikan kenaikan gaji,tidak jaga kebajikan pekerja sepenuh Kerajaan anggap remeh,jabatan² yg ada sekadar buat syarat klu Masyarakat laporkan.. Sedar laa wahai rakyat,kita di tindas secara halus di permainkan dgn undang-undang yg mereka sndri cipta... klu palsukan mc tu salah,kenapa pd pihak majikan yg majoriti bym tindas pekerja tidak di amggap serius🤷🏻🤷🏻🤷🏻🤷🏻
2026-10-20 03:22:59
15
hafsahhamim
hafsahhamim :
klu pekerja plsukn MC GEMPAR satu Msia..klu Majikan menekan pekerja dgn pelbagai cara...SUNYI SEPI!!!!
2026-10-20 05:50:48
14
._pechimuthu
Pkmklg :
depression
2026-10-20 02:55:58
0
muhammadzukrikari7
iTsZukri :
yg 2 tu senyum ke
2026-10-19 14:46:23
5
jubowtaik
jubow taik :
Zaman madani ni macam2 hal berlaku
2026-10-19 18:02:32
3
cubatekanisiapa0
imranlook :
mungkin zaman dulu buat boleh lepas. sekarang zaman madani silap banyak la kak.zaman madani sampai lubang cacing Oo mana mahu lari
2026-10-19 23:46:31
1
budiman3535
Budiman :
madani boleh,,
2026-10-19 13:09:14
5
faydaus87
mAT Tt :
Buat lah yg terbaik..Byk rkyat sudah lama hilang kewarasan.apa lagi pekerja dlm gov. Takde displin kerja.. Tak amanah. Budaya malas makin menjadi jadi..
2026-10-20 04:03:53
2
noname57809
Noname :
Tempat aku dulu ada budak buat macam ni, mc banyak giler, last2 kantoi mc tipu, rupanya mak nurse, nasib bos baik, di buang je.. 😆
2026-10-19 19:49:24
3
dehoyd
Tomodachi :
ada yg nama nya UPL kalo bos tanak bg cuti.
2026-10-20 07:11:12
0
semut.merah430
𝙨𝙚𝙢𝙪𝙩 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙝𝙝 :
tahun 2020 last aku beli mc rm25 je kat klinik plaza sentosa
2026-10-20 01:06:11
0
mus07245
mus :
Malaysia bolih
2026-10-20 03:06:02
0
habibah.humairah
habibah humairah :
😂😂😂 ada ada je.
2026-10-20 05:59:23
0
yfw5l
乡村 :
biasa
2026-10-20 03:14:52
0
yoyoatoz
Arban Kote :
2026-10-20 01:56:09
0
wongseemin
🦁🦁Wong See Min🔸³⁸⁴🔸 :
2026-10-20 00:30:19
0
user1075174112108
Akmal :
Mau terima gaji buta lah itu
2026-10-19 13:11:31
0
rahishaaqillah
Mama baby Qilla🥰 :
buat hal betul MCM2 ragam peel skrg😏
2026-10-20 06:46:10
0
rusirusirusi3333
rusi :
gaji buta
2026-10-19 22:16:28
0
apisfazlla0485
Apisfazila :
Dri thun 2014 pun sdh ade beli sijil MC ni... Zaman tu aku beli 30 ringgit d JB pasir gudang🤣🤣🤣
2026-10-20 02:59:12
0
_saddam70
saddam70 :
nk slmt dr kna kes,,msok pulies je..🤣 mreka ada baju serba kalis .
2026-10-20 03:15:23
0
roosejaafar
Anasia Shoppe :
knpalah nk dipaluskn..g kinil beli jelah mc..kan tk pasal2 kena tahan
2026-10-20 02:06:09
0
kocakpuaka
💞m!K@!£7773 :
2026-10-20 03:03:34
0
user13267407
Senseirevi Ronee :
2026-10-19 15:58:03
0
apaituai64
e'liko rajaborneo :
😏
2026-10-19 18:12:33
1
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About