@mediaselangor: Sejarah 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diabadikan menerusi pelancaran buku Menjulang Takhta, setem dan syiling perak khas sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Baginda. Majlis pelancaran disempurnakan Sultan Sharafuddin di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam hari ini sebagai antara pengisian sambutan bersejarah itu. Turut berkenan berangkat ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Hadir sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. #MediaSelangor #JubliPerak #SultanSelangor