@buletin3official: Pemandu Persona Positif Methamphetamine, Ditahan Selepas Langgar Teksi dan Cuba Melarikan Diri JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan polis selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah sebelum melanggar sebuah teksi dan cuba melarikan diri di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek ditahan kira-kira jam 11 pagi selepas video kejadian berdurasi dua minit dua saat tular di media sosial. Kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu membabitkan dua kereta Proton Persona dan sebuah teksi Perodua Bezza. Siasatan awal mendapati teksi berkenaan dilanggar dari arah belakang sebelum pemandu Proton Persona dipercayai cuba melarikan diri. Pemandu teksi kemudian mengejar kereta berkenaan dengan bantuan seorang pemandu Perodua Myvi sehingga kenderaan itu berhenti di susur masuk ke Taman Molek. Menurut polis, ujian saringan awal air kencing mendapati pemandu Proton Persona positif dadah jenis methamphetamine, manakala pemandu teksi terbabit negatif dadah. Pemandu teksi itu turut ditahan pada jam 3.10 petang hari sama bagi membantu siasatan. Kedua-dua lelaki berkenaan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman. Kenderaan yang terlibat turut disita. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pemanduan secara melulu dan berbahaya. Pemandu Proton Persona turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubung keputusan saringan awal air kencingnya. 🇲🇾 MALAYSIA 19 Oktober 2026 #JohorBahru #Johor #Polis #Dadah #Kemalangan

BULETIN TIGA
BULETIN TIGA
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 19 October 2026 14:25:11 GMT
5272
75
1
21

Music

Download

Comments

frahdeen
frahdeen🪴 :
patutlaa..shud be jailed pun,tapi kenapa lagu guna masa yang pkp punya😭teringatt buat dalgona coffee
2026-10-19 16:50:04
0
To see more videos from user @buletin3official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About