@mediaselangor: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menyalahgunakan gambar Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor bagi memperdaya orang ramai dalam urusan pembelian rumah dan kenderaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Dato' Kahar berkata satu kertas siasatan dibuka susulan laporan diterima daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor di Istana Mestika pada 15 Oktober lalu. Menurutnya, laporan yang diterima pada jam 9.53 pagi itu berkaitan satu hantaran di platform Threads oleh pemilik profil 'dwan_hamid'. #MediaSelangor #JubliPerak #RajaMudaSelangor