@hamzahzainudin_: Daripada sekadar menjual elektrik kepada data centre asing, lebih baik Malaysia menjadi ASEAN Energy Powerhouse. Tenaga yang stabil menuntut keberanian membuat keputusan. Kerajaan sudah melantik MyPOWER untuk menyelaras program tenaga nuklear. Tetapi teknologi belum dipilih, dan keputusan muktamad hanya dijangka selepas 2030. Kami menggesa kerajaan: • Menetapkan pelan, hala tuju dan garis masa yang jelas, mulai sekarang • Memperkukuh kerangka undang-undang tenaga nuklear • Menubuhkan badan kawal selia nuklear yang bebas, supaya keselamatan rakyat terjamin • Memasukkan pembangunan reaktor nuklear dalam perancangan tenaga negara Pembangunan reaktor nuklear ialah pelaburan strategik jangka panjang: tenaga yang stabil untuk rakyat dan industri, dan peluang membekalkan tenaga kepada rantau ASEAN. #Belanjawan2027 #TenagaNuklear #WawasanNegara