@sabahfirst.info: TAWAU: Dua lelaki ditahan polis atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun yang didapati positif alkohol dalam Operasi Motosikal di Batu 24, Jalan Apas, di sini, semalam. Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu turut menyaksikan 14 kenderaan disita dan 10 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3.30 pagi itu membabitkan pemeriksaan terhadap 60 kenderaan, termasuk 30 motosikal. Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan ialah memandu tanpa lesen, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, kenderaan tanpa nombor pendaftaran, penunggang motosikal bawah umur 17 tahun, tidak memakai tali pinggang keledar serta pengubahsuaian ekzos. “Sebanyak 10 saman dikeluarkan, masing-masing tujuh terhadap penunggang motosikal dan tiga membabitkan pengguna motokar. “Selain itu, 14 kenderaan disita membabitkan 11 motosikal dan tiga motokar atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Rosdi berkata, seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun turut ditahan selepas ujian alkohol menggunakan alat EBA II menunjukkan bacaan 58 miligram bagi setiap 100 mililiter. Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala seorang lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) akta sama. Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengabaikan undang-undang jalan raya, khususnya perbuatan memandu atau menunggang di bawah pengaruh alkohol yang boleh mengancam nyawa. Pengguna jalan raya turut dinasihatkan memastikan lesen memandu sah, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengelakkan pengubahsuaian kenderaan yang menyalahi undang-undang. “Jangan jadikan jalan raya sebagai tempat mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain,” katanya.

sabahfirst.info
sabahfirst.info
Open In TikTok:
Region: MY
Monday 19 October 2026 16:28:04 GMT
24668
1255
25
222

Music

Download

Comments

ombugis_com
𝙊𝘽𝙀𝙉𝙆𝙛𝙞𝙫𝙚★ˎˊ˗ :
seram nya skrang ni
2026-10-20 00:35:28
3
uesrnnaz
nz :
2026-10-20 05:50:02
0
putriykoo
𝓹𝓾𝓽𝓻𝓲 :
adu
2026-10-19 18:48:12
1
isey77
isey⁷⁷ :
2026-10-20 06:30:09
0
alongg357
mhddhziqqq.aa :
2026-10-20 07:59:48
0
bbyantie
𝕼𝖚𝖊𝖊𝖓👑🦂 :
2026-10-20 00:31:16
0
username.kimisudi
kimisudik :
2026-10-20 05:48:47
0
fleksal
eksal ✌️ :
2026-10-19 22:53:43
0
affiq1508
afiq🫆 :
2026-10-20 01:34:37
0
bandunglychee__
lim :
2026-10-19 23:03:27
0
m04dsy4w41
🚫 :
2026-10-19 23:23:19
0
rzimnnn
4𝒁𝒊m𝑛 :
2026-10-19 16:33:09
0
miz_zangg
miz_zangg :
2026-10-20 02:26:18
1
syahdaniisrafil
IdanAja :
suda jelek motornya
2026-10-20 04:20:20
0
_hzzry
_hzzry :
Rg judinn
2026-10-20 10:37:27
0
andiktawau
andik twu :
hujung hujung sudah ni 🤣
2026-10-20 04:41:39
0
samyngkuk
Zai :
@dinn. sakerttt
2026-10-20 10:10:56
1
nycha.__
ny :
@ani balungpipol
2026-10-20 03:13:39
1
lfdnelll
denell :
@dinn. Rip rg mu 🤣
2026-10-20 02:12:53
2
zainl12345
TORETO56 :
@wn rg tu cmana
2026-10-20 03:27:42
1
To see more videos from user @sabahfirst.info, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About