@teropongcerita.com: Siapa sangka permintaan seorang kanak-kanak yang bakal menjalani pembedahan akhirnya mendapat perhatian sendiri daripada Perdana Menteri @anwaribrahim_my . Kisah menyentuh hati itu menjadi perhatian di Threads apabila seorang pengguna berkongsi permintaan Muhammad Ammar Izdiyad yang mahu mendapatkan doa daripada PMX sebelum menjalani pembedahan tonsil.Lebih mengharukan, Ammar dikatakan begitu bersungguh-sungguh meminta supaya satu video dirakam untuk disampaikan kepada Perdana Menteri. Menerusi akaun @sitihawajamaluddins, pengguna berkenaan berkongsi keadaan Ammar yang menurutnya menghadapi kesukaran untuk bercakap dengan lancar kerana masalah pernafasan. “Ada orang tu request nak minta tolong PMX doakan dia sebab dia nak kena jalani pembedahan tonsillitis.Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bakal menjalani pembedahan berkaitan masalah tonsilitis atau radang tonsil. Ibu kepada Ammar turut memaklumkan bahawa doktor telah menjelaskan prosedur pembedahan berkenaan mempunyai risiko tertentu terhadap Ammar.Ibu Ammar juga mohon doa orang ramai agar pembedahan anaknya berjalan lancar. #terimakasih #pmx #berjiwarakyat #madanibekerja