@medialipatofficial: Pasir Puteh: Sepasukan anggota polis bersama pencinta haiwan malam ini mengambil beberapa ekor kucing dari kediaman keluarga suspek yang videonya tular melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas binatang itu. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata tindakan itu bagi menjamin keselamatan haiwan berkenaan susulan suspek ditahan jam 10 semalam. Katanya, kucing yang disyaki terbabit dalam perbuatan itu pula sudah diambil dan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pemeriksaan lanjut.Polis juga masih menyiasat status suspek yang didakwa mempunyai masalah mental. Buat masa ini kami belum dapat pengesahan daripada pihak doktor dan kad perubatannya.Untuk menyelamatkan kucing daripada gangguan, kami ambil tindakan pindahkan kucing-kucing ini ke pusat penjagaan," katanya ketika ditemui di Selinsing, di sini, malam ini. Terdahulu, seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan selepas tular video dia melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas seekor kucing dalam video berdurasi 56 saat yang menimbulkan kemarahan pencinta haiwan dan mengganggu emosi awam. Saari dalam pada itu menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan video membabitkan lelaki itu dengan kucing berkenaan. Katanya, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara dua tahun. Sementara itu, seorang pencinta haiwan, Nur Izyan Syahida Rosli berkata, mereka mengambil dua kucing yang berada di kediaman suspek untuk dipelihara di bawah Kelab Pencinta Haiwan Pewaris Kelantan. "Kami bersedia mengambil kucing berkenaan sekiranya dibenarkan polis selepas siasatan selesai dijalankan," katanya. #beritasemasa #pasirputeh #kelantan
MEDIA LIPAT
Region: MY
Monday 19 October 2026 23:21:35 GMT
Music
Download
Comments
Nur🌷 :
rumah dia ke tu… macam tempt pelupusan..
2026-10-20 00:51:54
1072
Elizar :
geram nya...rasa nak carut je.....
2026-10-19 23:32:24
250
manusiabiasa :
mental x mental .. bg dia hukuman yg setmpalnye ..
2026-10-20 03:31:55
403
RosLaili93 :
rasa mcm nk mencarut..semoga diberikan balasan setimpal..
2026-10-20 01:24:57
246
Anusia :
😂😂😂😂 kucing..klu berani cuba buat dgn ular😂😂terus mati😂..gatal sgt😂
2026-10-20 01:11:42
220
Eykaaaaaaeee__ :
janganlah dia jumpa baby , kucing pun dia berani apatah lagi baby
2026-10-20 02:09:33
493
iza :
2 tahun je..elok seumur hidup..esok lusa entah dia buat kat siapa pulak.
2026-10-20 00:27:00
123
Itmnveil :
Mental tak mental, kita kena adil sesama makhluk ye
2026-10-20 03:22:11
84
Hanis :
bawa klinik kucing tu
2026-10-20 00:26:22
43
SEKETOL PEMERHATI :
tu rmh ke kilang perlupusan😳
2026-10-20 00:18:25
50
Cik Melur :
Bahaya ore gini
2026-10-20 00:07:07
41
suuu :
tolong la pastikan dia dapat hukuman yg setimpal !
2026-10-20 02:08:48
30
NEsCAFeAisKaww0906 :
ada 1 video yg dia up.ada seorang kanak2 bsama dia.adakah dia sudah bkawen dan dah ada anak?
2026-10-20 00:32:41
33
pitipiwpiw wiw wiw⁷⟭⟬ :
mental x mental,hukum tetap hukum!
2026-10-20 04:12:51
11
Norianeh Laadis :
jangan abaikan binatang kglhasnya khucing nanti nagara dapat musibah jauh jauh bala .sebab klu khucing doa terus twmbus kelangit tu khucing ciptaan ALLAH allah menguji diapa yg paling baik diantara kamu yg duduk dibumi percayalah
2026-10-20 00:57:39
13
TEHAIS✿︎ⁿ-ʳ :
org mcm ni bahaya..
2026-10-20 00:44:08
5
milo aiss :
jadi kucing pun dah tak selamat zaman sekarang
2026-10-20 01:01:22
7
iza :
keadaan sekeliling rumah pun teruk..
2026-10-20 00:28:16
9
P̶u̶s̶p̶a̶ r̶a̶t̶n̶a̶ s̶a̶r̶y̶ :
mental x mental hal ni mnbuat kan percinta kucing semua naik angin wehhhhhhjjj🤬🤬🤬
2026-10-20 02:48:59
5
N A T A S H A 🕊️ :
kucingnya dah mati kan
2026-10-20 03:26:02
7
~ᴅɪᴠᴀ~ :
lalu kt treads smlm...tpi x mo tgok🥺..kejam gila
2026-10-20 02:30:50
21
Quin’s Racun :
Gila dengan kucing pun jadi
2026-10-20 02:22:34
7
hadjijahsarail :
haiwan sudah tidak selamat
2026-10-20 00:47:53
5
Farah :
Kucing tu tak mati pon
2026-10-20 02:54:59
13
Nuraizah :
kucing pun x selamat dah
2026-10-20 00:04:35
6
To see more videos from user @medialipatofficial, please go to the Tikwm
homepage.