@ikimfm.my: 📢 JOM SERTAI KONVENSYEN INSTITUSI AMAL ISLAM (KIAI) 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN! “TEGUH TATAKELOLA, TEGUH ORGANISASI” Bagaimanakah institusi amal Islam dapat memperkukuh tadbir urus, ketelusan, akauntabiliti dan integriti demi meningkatkan keyakinan masyarakat serta kelestarian aktiviti kebajikan dan wakaf? Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Yayasan Infaq Angkasa (YIA) menganjurkanKonvensyen Institusi Amal Islam (KIAI) 2026 Peringkat Kebangsaan sebagai platform perbincangan, perkongsian idea dan pengukuhan jaringan strategik antara institusi amal Islam, agensi kerajaan, NGO, sektor korporat dan pihak berkepentingan. ✨ Mengapa anda perlu menyertai konvensyen ini? ✅ Membincangkan isu tadbir urus, ketelusan dan integriti institusi amal Islam. ✅ Memperkukuh keyakinan masyarakat dan penyumbang. ✅ Membina jaringan kerjasama strategik. ✅ Meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan dan kutipan dana wakaf IKIM. 📅 Tarikh: 19 November 2026 (Khamis) 🕣 Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang 📍 Tempat: Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya 🎟️ Yuran Penyertaan ▪️ Harga biasa: RM150 seorang ▪️ Early Bird: RM100 seorang* (terhad kepada 100 peserta terawal!) 📝 Daftar sekarang! Tempat adalah terhad 🔗 https://program.ikim.gov.my/v2/frontend/course-info/91 📞 Sebarang pertanyaan: 📱 019-807 1920 (Program IKIM) 📱 017-624 5525 (Wakaf IKIM) Ayuh bersama-sama memperkukuh institusi amal Islam demi tadbir urus yang lebih telus, organisasi yang berintegriti dan pengurusan wakaf yang mampan! #KIAI2026 #KonvensyenInstitusiAmalIslam #IKIM #YayasanInfaqAngkasa #wakafikim

IKIMfm
IKIMfm
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 20 October 2026 03:49:39 GMT
256
14
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ikimfm.my, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About