@user213188259: Shop deals now

HimalayaTH
HimalayaTH
Open In TikTok:
Region: FAKE-AD
Tuesday 20 October 2026 05:34:07 GMT
0
1
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @user213188259, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Perjalanan ikhtiar Mama untuk kesembuhan Adik Imani 🥹🤍 Mama pernah membawa Imani menjalani beberapa ikhtiar rawatan, termasuk perubatan Islam, homeopati dan akupunktur. Insya-Allah, dalam masa terdekat, mama juga bercadang untuk membawa Imani mendapatkan rawatan daripada pihak yang arif dalam perubatan batin. Mama tahu, setiap rawatan ada ikhtiar dan pertimbangannya yang tersendiri. Jika keadaan Imani masih tidak menunjukkan perubahan mama akan  membuat keputusan yang terbaik untuk Imani. Walaupun pembedahan mungkin menjadi pilihan yang lebih awal dari sudut perubatan, mama tetap bersyukur kerana telah berusaha mencari jalan demi kesembuhan anak mama. Mama cuma seorang ibu yang mahu melihat anaknya diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. 😭🤍 Buat masa sekarang, mama sedang menunggu surat rujukan daripada Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, untuk mendapatkan rujukan lanjut ke HKL dan HUKM. Mama berharap urusan ini dipermudahkan dan Imani dapat menerima rawatan serta penilaian terbaik daripada pakar2 di sana. Mama juga sedang membuat persediaan untuk masa hadapan. Mama cuba berkorban dan mengatur kehidupan kami sebaik mungkin. Mama akan fokus menjaga Imani sepenuh masa, manakala papanya akan menjaga kakak supaya mama dapat memberikan perhatian yang lebih teliti kepada Imani, terutamanya jika Imani perlu menjalani pembedahan dan memerlukan penjagaan rapi selepas itu. Bukan mudah untuk mama membuat semua keputusan ini. Ada rasa takut, risau dan macam2 perkara yang bermain dalam fikiran mama. Tetapi setiap kali mama melihat wajah Imani, mama kuatkan hati dan terus berusaha. Mama percaya, selagi ada ruang untuk berikhtiar, mama akan cuba lakukan yang terbaik untuk anak mama. 🥹🤲🏻 Auntie dan uncle semua, mama mohon titipkan doa untuk Adik Imani. Doakan semoga Allah mengurniakan kesembuhan buat Imani, mempermudahkan segala urusan rawatannya, melancarkan urusan surat rujukan ke HKL dan UKM, serta menemukan Imani dengan rawatan yang terbaik. Doakan juga supaya mama terus diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk melalui perjalanan ini bersama Imani dan Kakak Bella. Mama tidak mengharapkan apa2 selain melihat anak mama mendapat rawatan yang terbaik dan diberi peluang untuk membesar dengan lebih sihat. Semoga setiap air mata, pengorbanan dan usaha kecil mama ini menjadi asbab kebaikan buat Imani. Ya Allah, sembuhkanlah Adik Imani dengan kesembuhan yang sempurna. Permudahkanlah setiap urusannya, lindungilah dia daripada segala kesulitan dan kuatkanlah hati mama untuk terus berjuang demi anak-anak mama. Amin ya Rabbal Alamin. 🤲🏻😭🤍 Auntie dan uncle, doakan Imani ya. Imani masih perlukan doa dan kasih sayang daripada semua. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama kami dalam perjalanan ini. ❤️

About