@mediaselangor: Keupayaan berjalan dalam tempoh satu minit dan kekuatan genggaman tangan antara kriteria saringan kesihatan warga emas di Selangor bagi menilai tahap kecergasan fizikal golongan itu dalam menghadapi masyarakat menua. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemeriksaan terhadap warga emas berbeza daripada saringan kesihatan biasa kerana turut mengambil kira kemampuan fizikal mereka. #kliksemasa #mediaselangor