@ameydeen: Kes kematian adik Iman Zhafran, budak 10 tahun yang dijumpai tak sedarkan diri dalam tandas sekolah dekat Senawang pada 1 Oktober 2025 dulu, sebenarnya kurang mendapat perhatian media dan netizen. Ramai gila yang tak tahu pasal kes ni sehinggalah prosiding inkues baru-baru ni bermula dekat Mahkamah Koroner untuk cari punca sebenar kematiannya yang sah ada kaitan dengan kes buli. Kalau ikutkan kronologi, malam sebelum kejadian iaitu pada 30 September 2025, arwah Iman ada mengadu dekat kakak dia yang ada murid lain ugut cakap dia akan 'mati esok'. Tapi masa tu kakak dia tak cerita dekat mak ayah sebab mereka berdua dah tidur. Esoknya, dalam pukul 1 tengah hari, Iman ditemui dah tak sedarkan diri dalam tandas sekolah. Pihak sekolah terus bergegas bawa dia ke hospital, tapi sayangnya dia disahkan meninggal dunia masa tengah terima rawatan. Hasil bedah siasat dekat Hospital Rembau keesokan harinya mendapati punca kematian adalah disebabkan 'tekanan pada leher'. Polis juga ada jumpa buku tulis arwah yang mengandungi nota ugutan seram berbunyi, "Saya nak awak mati. Saya tak tahu awak akan masuk syurga atau neraka." Pihak polis sendiri dah sahkan kes ni memang ada kaitan dengan buli. Selepas sebulan kes ni macam senyap tanpa perkembangan, bapa arwah ada buat sidang media pada 3 November 2025 untuk nafikan dakwaan anaknya itu autism. Pihak keluarga memang mendesak sangat supaya inkues kematian dibuka sebab mereka nak siasatan yang telus untuk anak mereka yang asalnya seorang yang sangat periang, peramah, dan kesayangan keluarga. Lama juga kes ni tergantung, sampailah pada 5 Oktober 2026 baru-baru ni, prosiding inkues akhirnya bermula dekat Mahkamah Koroner. Mahkamah panggil sampai 51 orang saksi termasuklah cikgu-cikgu, murid sekolah, dan kawan arwah sendiri untuk soal siasat. Apa yang buat ramai sebak, peguam keluarga dedahkan hasil bedah siasat ada jumpa kesan jerutan sepanjang 3cm dekat sekeliling leher arwah, yang kemungkinan besar berpunca daripada kain skaf pengakap. Prosiding seterusnya dijadualkan bersambung lagi pada 21 dan 28 Oktober 2026. Bila fikir balik, seram dan sedih sangat sebab mangsa baru umur 10 tahun, maknanya pelaku mungkin sama umur atau senior yang baru umur 11 atau 12 tahun. Masih budak sekolah rendah tapi macam mana boleh terfikir sampai nak ambil nyawa kawan dan buat ugutan kejam macam tu. Zaman sekarang kita dah tak boleh guna ayat "ala... budak-budak... biasalah tu" sebab budak sekarang dah lain macam dan benda ni kena bendung betul-betul sebelum jadi lebih parah. Semoga ada keadilan buat arwah adik Iman Zhafran dan harapnya pelaku mendapat hukuman yang setimpal. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. #imanzhafran #misterikematian #keadilan #alfatihah #foryou
Amey Deen
Region: MY
Tuesday 20 October 2026 06:31:06 GMT
Music
Download
Comments
Qi Qi :
#creatorsearchinsight
2026-10-31 13:47:24
0
نور حلمي :
Cuba wujudkan kembali dimana diperhimpunan, laungkan Asma Al husna’
2026-10-20 09:23:04
1063
Rozianabtbaharom :
maknanya pembunuh masih bebas berada disekolah tersebut...😥😥maka keselamatan anak2 kat sekolah tersebut tidak terjamin.. NAUZUBILLAHIMINZALIK..😭😭lindungilah anak2 kami YA ALLAH..
2026-10-20 10:03:22
467
errin_Jay :
kes murid mati di sekolah/asrama kenapa mesti nak cuba tutup.Ada yang Tau tak?
2026-10-20 08:17:07
404
Reisa Spa :
Di badan mangsa mesti ada kesan cap jari, apa lg kutip la semua cap jari 1 sekolah tu, 1 org budak sekolah mati , kes dibiarkan, maka makin byk la kes budak sekolah mati nanti….. HANAT betul KPM
2026-10-20 14:25:25
159
mommybear.co :
tlg lah Halang anak2 jgn men game..pgaruh game ni bhya pd msyarakat skliling ..
2026-10-20 08:48:09
170
faizal🏃🏽♂️xmax :
Kembalikan kuasa rotan pada cikgu disiplin semula….dulu kami sek kecik2 dlu kne rotan tampar denda xyah nk kate la… sume dah rase tpi alhamdulillah xada pn kes buli smpi bunuh mase tu… gila la bdak2 skrg ni
2026-10-21 02:32:18
44
💞it's me r@ra@🦋 :
pantau la anak2 dri main game roadblock ni ibu ayah.. please elert dgn anak2 🙏🥹
2026-10-20 13:58:41
24
Amnaa✨ :
Kpd ibu ayahnya tolong cari pelaku sampai ke akar umbi.. wlaupun pembunuh nya budak x cukup umur.. salah tetap salah.. tegakkan kebenaran .. jangan sampai kes ni senyap..😢
2026-10-21 00:22:37
84
Saharudin Mdnor :
Zaman MADANI ni…brp ramai pelajar mati di sekolah dan asrama….kementerian pelajaran dan menterinya buat apa….jawatan tu untuk apa sebenarnya…..
2026-10-21 02:09:52
13
AfiyyaSara🌸 :
hati2 ya.. pelaku mgkn dah sekolah menengah area kawasan situ.
2026-10-20 08:57:36
63
Ahmad Albab :
CCTV BILA NAK PASANG MENTER WOII...APA LAGI ALASAN KALI INI
2026-10-20 09:38:39
41
I n t a n 💋 :
sek rendah dah jadi pembunuh 🥹.. ni semua pengaruh game atau media sosial.. semoga si pelaku dpt di tangkap n dpt balasan yg setimpal xkira laa bwh umur Kew ape..!!
2026-10-21 02:14:41
17
Encik Aluminium :
Semoga yg mmbunuh tu tk aman
2026-10-21 03:12:18
8
Muhd Hizamy Hashaim :
aku selalu hantar ank pi sekolah ... aku akan cium peluk.... dan tengok takut sampai depa hilang dari pandangan... aku takut itu kali terakhir aku jumpa depa dalam bernyawa... tidak depa... mungkin aku... sebab aku mempunyai tugas yang berat ..... selalu juga minta depa doakan abah pergi kerja selamat pergi dan kembali..... Allahuakbar takut dunia skrg
2026-10-20 16:11:01
14
﮼سوزانا :
apesal bnyak sgt kes bunuh nii[Crying]yaAllah jaga kan anak kami
2026-10-21 03:40:40
6
Asline :
dah mcm kes arwah adik Zarah Qairina,tak ada keadilan, pembunuh masih bebas bersantai berjlan d muka bumi,
2026-10-21 00:15:58
6
Ami Nadia :
dan PEMBUNUH masih lagi bebas. Kami satu Malaysian mendoakan semoga dia/ mereka mendapat balasan di DUNIA dan di AKHIRAT. semoga hidup dia/ mereka dikusutkan hingga ke akhir hayat selagimana dia/mereka tak memohon ampun kepada keluarga Allahyarham.
Aameen
2026-10-21 02:37:49
8
79fie79 :
Wahai para ibu bapa usahakan hantar anak ke sekolah2 rendah agama bermula pra sekolah lg seperti PASTI, SRITI dimana penekanan kpd agama adalah 100peratus!! Kerana sekolah2 kerajaan mmg kurang sgt didikan mengenal Tuhan dan diri.
2026-10-21 01:46:11
6
Cempaka :
Semoga pembuli dpt ditangkap dan diadili dgn tegas
2026-10-20 07:37:16
37
rino :
bnda gini kna viral bru la cpat sikit selesai ..klu bt snyap je...
2026-10-20 10:38:54
26
Yaya1710 :
lebih baik xyh ada sekolah la..ank beljaq sndri kt umh
2026-10-20 08:04:17
43
🌱 :
Siasat betul2 tuan, tak kisah laa budak atau tidak....yg pelaku harus bertanggungjawab atas tindakan yg dia buat ....terpaling sgt laa tu dpt jadu gengster sekolah rendah.....mesti hidup dia dah tak tenang sbb buat org mati....tunggu laaa masa itu Allah akan balas seadil-adilnya. Sabar ya keluarga Iman. Al fatihah....Semoga roh Iman bersama para syuhadah dan org2 beriman🤲
2026-10-20 08:07:26
33
far@fira :
yaAllah sape lah pelakunya 😭 masih tenang ke belajar kat skolah tu ?? 😢
2026-10-20 08:32:57
17
To see more videos from user @ameydeen, please go to the Tikwm
homepage.