@berita.ks: KUALA LUMPUR, 20 Okt - Perikatan Nasional (PN) akan mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu, selain mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan mencabar keputusan itu akan dimulakan dengan mengemukakan permohonan pada pendengaran permohonan PN untuk menggantung notis terdahulu RoS di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Khamis ini. Beliau berkata, Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) turut memberikan hak rayuan kepada mana-mana pertubuhan tempatan, pemegang jawatan, anggota atau pihak yang terkilan dengan keputusan RoS kepada Menteri Dalam Negeri. Menurutnya, rayuan itu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan RoS, manakala Seksyen 8 akta sama memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan, menolak atau mengubah keputusan Pendaftar, dengan keputusan menteri adalah muktamad. "PN akan mencabar kesahihan Perintah Pembatalan serta memohon supaya pelaksanaan dan segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah. "PN juga menggesa Peguam Negara memberi penjelasan berhubung pendirian Jabatan Peguam Negara, di mahkamah ketika pendengaran permohonan penangguhan PN pada Khamis ini,” katanya. Takiyuddin berkata, PN turut akan mengambil tindakan terhadap semua pihak yang didakwa menghina atau membelakangkan proses mahkamah. #BeritaKS

Berita_KS
Berita_KS
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 20 October 2026 07:26:27 GMT
624
17
3
0

Music

Download

Comments

user507303039298
user507303039298 :
sakau lagi
2026-10-20 09:17:37
1
mohd.puad76
Mohd Puad :
👍👍👍
2026-10-20 07:44:39
1
user507303039298
user507303039298 :
2026-10-20 09:17:51
0
To see more videos from user @berita.ks, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About