@ohmymedia.cc: Aktivis media sosial diingatkan supaya memahami undang-undang dan tidak bertindak sendiri terhadap etnik Rohin*ya, termasuk menyerbu kawasan atau premis persendirian atas alasan mahu mengambil tindakan terhadap komuniti berkenaan. Memetik laporan daripada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata sebarang dakwaan salah laku perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat bagi mengelakkan tindakan sendiri mencetuskan masalah lain. “Ini isu kejahilan undang-undang atau tidak faham undang-undang. “Bukan senang kita nak halau, ke mana nak halau mereka pergi? Myanmar tidak terima, ke Bangl*desh pun tidak iktiraf sebagai rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, pada Selasa. Pada Sabtu lalu, seramai 15 individu bersama aktivis Abbe Hae ditahan untuk diambil keterangan selepas menganjurkan aktiviti gempur Rohin*ya di sekitar Kota Bharu. Mohd Yusoff berkata, polis menerima lima laporan terhadap kumpulan aktivis berkenaan, iaitu tiga di Kota Bharu dan dua di Tanah Merah, termasuk kes membabitkan dakwaan pencerobohan, pecah rumah serta samun. Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut prosedur standard, termasuk pengambilan telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat, proses kawad cam dan pengambilan cap jari bagi melengkapkan kertas siasatan. “Ini prosedur biasa termasuk merampas telefon bimbit untuk mendapatkan maklumat, proses kawad cam, pengambilan cap jari itu semua tindakan untuk melengkapkan kertas siasatan. “Ada satu kes membabitkan mangsa wanita warga Bangl*desh yang kerugian rantai emas bernilai kira-kira RM1,000, kami siasat sebagai kes samun,” katanya. Beliau turut menegaskan penganjur perlu bertanggungjawab terhadap aktiviti yang dianjurkan, khususnya apabila kehadiran orang ramai meningkat sehingga sukar dikawal. “Ini yang berlaku, ada dalam kumpulan mereka itu, datang dari mana-mana, lakukan samun dan sebagainya sewaktu kononnya menyerbu Roghin*ya,” ujar beliau. Dalam pada itu, Mohd Yusoff menjelaskan isu pelarian Rohin*ya tidak boleh diselesaikan dengan mudah menerusi tindakan menghalau mereka keluar dari Malaysia kerana ia turut melibatkan persoalan penerimaan negara asal dan pengurusan pelarian oleh kerajaan. Beliau meminta masyarakat memberi ruang kepada kerajaan untuk menguruskan isu berkenaan, termasuk cadangan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian yang melibatkan pendaftaran biometrik bagi membantu pihak berkuasa mengenal pasti individu sekiranya berlaku jenayah.
Oh My Media
Region: MY
Tuesday 20 October 2026 08:25:00 GMT
Music
Download
Comments
@shDamm :
sekdio raso tercabar tu...sbb rakyat hok buat kijo
2026-10-20 09:18:02
915
MartDer🛒 :
habis tu roro tu ikut undang-undang ke,
2026-10-20 09:35:05
617
Mohd Ghazi :
aku dah semakin menyampah dengan polis
2026-10-20 10:40:42
436
ABANG JUJUR :
klo aku Komen kat Sini kena tangkap x? bukan boleh main skrg ni, sikit2 sembang jujur je kena tangkap
2026-10-20 10:04:19
241
aziq :
ad undang2 rupenye negare ni😂😂😂
2026-10-20 10:08:08
124
Xpex47 :
baik dato zaki pade hakni🤣
2026-10-20 10:32:08
152
syahjehan867 :
Banteras dadah kaw2 tu molekk doh, tangkap org situ sini agresif tpi tang roro siap bui amaran ko ore tempatan jgk wak tindakan sendiri 😂😂
2026-10-20 11:55:05
108
Madi :
2026-10-20 09:39:24
193
LAN.GT24 :
rakyat tak jahil undang undang..yg jahil penguatkuasa
2026-10-20 11:22:37
73
KakNie AbeSyam :
Owh ada undang2 rupanya😏
2026-10-20 09:26:03
82
ᴀᴋɪʀ :
xse kato gapo nanti suruh jadi polis pulop
2026-10-20 09:02:02
60
Not “D” again🇲🇾 :
Jahil lagi manusia berkuasa tak mengikut hukum islam👍
2026-10-20 11:18:05
70
. :
sebab ini lah keno tolok pas
2026-10-20 11:05:36
15
Wady Ai Studio :
klu la pemikiran sek2 pihak beekuasa lagu ni key...ambo rasa xkn selesai isu roro di Malaysia ni...jujur oyk .xdop inisiatif lnsung nk selesai masalah rakyat...blh dia kata bkn senang nok halau deh...adoi la...pelik2..sek demo pikir la sendiri ..
2026-10-20 23:48:05
21
awang74 :
siapa yg jahil sebenarnya,ada kuasa tak buat kerja itu lagi jahil,makan rasuah
2026-10-20 11:02:06
21
rianaridzuan :
nk komen berat2 kan tkut brusung,tk komen kan brase nk kato,pah nk wak rano ni set demo .brase dduk bira bibir mulut dh ni,
2026-10-20 10:16:36
14
ariff azizan :
Salah tu... Sepatutnya penguatkuasa jgn jahil bab AL QURAN & HADIS...atas larangaNYA..
2026-10-20 11:29:02
21
Shafika Mokhtar :
Tuan, kalu sapoh ore takse belako kito ko kena sanggup ambik sapoh tu? Bakpo kita kena sanggup tuan? Tanya dgn nada lembut gigi dari lidah 🫣
2026-10-20 11:40:50
22
Ayie Mustaffa :
xleh nok kato gpo...mugo demo ado kuaso...
2026-10-20 10:14:16
33
HUN TIAN JO :
polis jgn jahil caro kijo
2026-10-20 11:45:14
18
harith or kiki :
make gapo jaddi pelik gni
2026-10-20 12:59:37
7
GREEN :
rugi rakyat bayar cukai mahal2.jika tak boleh jaga rakyat sendiri.👎
2026-10-20 13:14:25
6
Wea Selamos Ceo Jinn :
undang undang ke udang udang
2026-10-20 09:33:36
32
saliminusi :
polis jangan khianati undang undang negara kita
2026-10-20 11:57:34
5
Zuraiha Othman🪭ToK🪭 :
biar polis bela.
2026-10-20 09:26:31
20
To see more videos from user @ohmymedia.cc, please go to the Tikwm
homepage.