@zambryabdkadir: Berhubung perkara yang sedang dibahaskan di media sosial berkenaan pertanyaan seorang pelajar di Program iFUTURE anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), saya ingin membuat kenyataan mengenai perkara ini. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Beberapa hari kebelakangan ini kita mendengar dan mengikuti perbahasan hangat dalam sosial media yang melibatkan seorang pelajar yang dikatakan bertanya satu soalan dalam program iFuture. iFuture ini adalah satu program yang melibatkan pelajar-pelajar mahasiswa pimpinan utama pelajar yang berada di peringkat antarabangsa yang kita adakan bagi tujuan kita untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan mahasiswa kita. Ada yang mengatakan bahawa pelajar ini telah pun dilakukan intimidasi kepada beliau, diugut kepada beliau, dimaki hamun dan sebagainya. Tentunya di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi dan di peringkat Universiti Malaya, kita merasakan bahawa segala bentuk cacian, penghinaan dan ugutan terhadap mahasiswa kita ini adalah tidak sewajarnya dilakukan. Saya juga ingin menekankan bahawa beliau berhak untuk membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Maka saya meminta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM supaya meneliti hantaran serta akaun yang terlibat termasuk akan kemungkinan-kemungkinan penggunaan akaun palsu. Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi dan di peringkat Universiti Malaya, kita tidak langsung berhasrat untuk mengambil tindakan apa-apa kepada pelajar berkenaan. Kalau sekiranya berlaku mana-mana pihak yang cuba melakukan yang tidak baik, maka sewajarnya pelajar berkenaan boleh mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab ataupun pihak berkuasa kita. Saya mohon juga kepada semua pihak supaya tidak kita menjadikan mahasiswa ini sebagai senjata untuk propaganda politik sehinggakan beliau menjadi mangsa kepada perancangan-perancangan tertentu. Ada yang sebagai contoh di kalangan menteri pula ada yang suruh buat baju, t-shirt dan sebagainya. Sedangkan di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, kita tidak langsung berhasrat untuk mengambil tindakan apa-apa kepada pelajar berkenaan. Pendirian saya jelas hormati hak mahasiswa untuk bersuara. Hak untuk mahasiswa seperti mana yang telah pun kita sebutkan termasuk dengan perbahan atau AUKU ini memberikan ruang kepada mereka untuk bersuara. Ruang kebebasan itu juga diharapkan dapat dilaksanakan dalam suasana yang penuh bertanggungjawab, dengan suasana penuh beradab dan juga berfakta. Dan itu adalah yang kita seringkali gagaskan, yang seringkali kita tegak, kita anjurkan kepada semua pihak termasuk juga di kalangan mahasiswa kita. #KPT #doczam
ZambryAbdKadir
Region: MY
Tuesday 20 October 2026 08:59:00 GMT
Music
Download
Comments
Ayid 〄 :
terima kasih YB atas penjelasan
2026-10-31 13:16:31
0
Heyyheyyheyy :
Penjelasan yang senang difaham 👍
2026-10-31 17:29:09
0
danishharithh :
Bertanya bukan satu jenayah, mengugut itu yang perlu disiasat. Mahasiswa ada hak bersuara! 👏
2026-10-21 02:48:48
1
Jauzi Izran :
Terima kasih Doc Zam
2026-10-20 10:01:40
4
Juliaieman :
mahasiswa tanya soalan bukan bermaksud sesiapa boleh sesuka hati serang dia
2026-10-20 18:46:35
2
Shimal Collection :
hah dgr tu yg nk marah2 adik ummi tu..phm kan apa yg menteri ckp
2026-10-20 22:40:05
3
waksakau :
tangkap org yg mengugut
2026-10-20 23:24:45
1
Syq? :
Terima Kasih Dr
2026-10-20 16:29:49
1
munirazman :
apa yang boleh dikatakan kita kene setuju dengan Dr Zambry memang terbaik
2026-10-21 02:56:42
1
ridzuan :
kenyataan Dr Zambri adalah rasional Dan mencerminkan kematangan sebagai seorang pemimpin....terbaik Dr Zambri
2026-10-20 23:47:47
2
Faaa | ف :
Terima kasih Yb atas penjelasan.
2026-11-01 01:14:16
0
pataque. :
Terbaikk 🔥
2026-10-21 09:41:07
0
syamimi :
Terbaik Dr Zambry apa yang di sampai kan tu, jangan la sampai pelajar jadi mangsa politik. Biar dia belajar dengan tenang, tak payah serang dia macam ii
2026-10-20 15:40:48
1
Angah ✅ :
Jalan terus 💪🏽💪🏽
2026-10-20 10:20:02
3
Isskandar Ariffin :
Sokong kebebasan mahasiswa bersuara. Jangan sampai pelajar takut nak bertanya lepas ni.
2026-10-20 15:21:49
1
YM Tohwan official :
Terbaik pandangan Doc Zam
2026-10-20 12:16:53
1
D.RJKHAN :
pandangan seorang pemimpin yg matang
2026-10-20 14:32:20
2
syh.ikml_ :
mahasiswa kekal dengan peradaban, terima kasih doczam[Fire]
2026-10-20 10:32:24
0
Ali Batu Bsrtanfkup :
DIA BUKAN BERTANYA LUAHKAN HATI DIA JELASKAN
2026-10-21 04:00:08
0
kamarulshyree :
Terbaik Dato' Seri Zambry Abd Kadir, penjelasan sangat jelas dan berhemah pasal iFuture ni 🙏👍
2026-10-21 04:46:04
0
RESKILLING & UPSKILLING PSAS :
Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.
2026-11-06 03:36:59
0
mellysa_ :
Padu YB Zambry! KPT memang sentiasa bagi peluang kat mahasiswa pimpinan untuk berkembang! Bukan kaleng-kaleng, sampai peringkat antarabangsa! Terbaik!
2026-10-21 04:53:03
0
shamirull55 :
Terus fokus buat kerja untuk rakyat Johor Dato’, biar hasil kerja yang bercakap lebih kuat daripada segala spekulasi.
2026-10-21 04:54:24
0
Azhar Abdullah :
Ini baru Menteri KPT yang cakna suara mahasiswa 🎓 Teruskan program iFuture untuk bakat pemimpin muda negara 🇲🇾
2026-10-21 04:47:29
0
nopalp3 :
2026-10-20 10:33:14
0
To see more videos from user @zambryabdkadir, please go to the Tikwm
homepage.