@ohmymedia.cc: Pelakon Ruhainies mengambil langkah undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya, termasuk tuduhan mempunyai hubungan sulit dengan seorang individu kenamaan. Lebih tegas, pelakon itu menerusi barisan peguamnya bakal menuntut ganti rugi RM3 juta daripada setiap individu yang dikenal pasti sekiranya tuntutan awal tidak dipenuhi. Peguamnya, Mohd Haizal Ayop daripada firma guaman EzriLaw berkata, Ruhainies sudah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Ahad lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan. Menurutnya, setakat ini tiga individu dikenal pasti dan nama mereka telah diserahkan kepada pihak polis, manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti. #ohmymedia #ommmedia #ruhainies #artismalaysia