@melakatv: KERAJAAN MELAKA BANTU NURSAJIDAH HIDUP LEBIH SELESA, TIDAK LAGI TINGGAL DI PONDOK ZINK 20 Oktober – Bukan tilam empuk, sebaliknya hanya beralaskan sejadah, itulah kehidupan yang dilalui Nursajidah Md Nor, 41 tahun bersama anak tunggalnya, Aduka Alfateh Mohd Fairuz, 6 tahun selama dua tahun setengah berteduh di sebuah pondok zink serba kekurangan. Tanpa bilik tidur mahupun kelengkapan asas, ibu tunggal itu meneruskan kehidupan dengan mengambil upah menjahit dan melakukan kerja pembersihan demi membesarkan anaknya, selepas kehilangan suami akibat serangan jantung. Namun, penantian kira-kira lima tahun sejak mengemukakan permohonan bantuan rumah akhirnya membawa khabar gembira apabila Nursajidah menerima rumah baharu menerusi Program Melaka Rumahku (PMR) Bina Baharu hasil inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di Kampung Pengkalan Minyak. 🎥 Zaidi Yaacob #LPM #KerajaanNegeriMelaka #LembagaPerumahanMelaka #pondokzink #Melaka #MelakaTV
MELAKA HARI INI
Region: MY
Tuesday 20 October 2026 14:36:58 GMT
Music
Download
Comments
Shida Ida26 :
Alhamdulillah..
2026-10-20 14:43:26
2
Sha ʚଓ :
smga dipmdhkn ursan
2026-10-21 03:50:53
0
shima :
Alhamdulillah 🤲🤲🤲 Aamiinn
2026-10-21 11:30:01
0
MR.LE'Q :
mesti baru perasan yer ada yg perlu bantuan..tu pun sb bersama pas..kalau tak sampai bila tak perasan kan
2026-10-21 16:05:55
0
abieja :
alhamdulillah
2026-10-21 11:29:33
0
Fendi🤪 :
alhamdulillah
2026-10-21 03:53:19
0
Ayah Joe :
Alhamdulillah
2026-10-21 00:30:28
0
Allif azman :
🤲🤲🤲🤲🤲
2026-10-20 15:53:07
0
ely miza :
😁😁😁
2026-10-20 15:06:09
0
Yati60 :
👍👍👍
2026-10-21 01:29:36
0
To see more videos from user @melakatv, please go to the Tikwm
homepage.