@critical2tv: Bila sebut saja perkataan ‘akuakultur’, ramai tahu bahawa bakau ditebang. Tapi untuk Orang Asli Seletar, mereka bukan saja perlukan bakau untuk akuakultur ternak kupang mereka, teknologi ternak kupang mereka memang dibangunkan berdasarkan cara kupang hidup semulajadi di paya bakau. Baca artikel penuh ‘Akuakultur Orang Seletar wujud seiring hutan bakau, bukannya memusnahkannya’ oleh Aidila Razak di Macaranga @macarangamedia Siri #BLUECARBON ini sebahagian daripada Projek Macaranga Mengenai Disinformasi Klima dan Orang Asal 2026. Disokong oleh International Media Support (di bawah Digital Democracy Initiative) #critical2 #macaranga #orangasal #payabakau Penyampai: @Patrick Lee