@bukuibde_: Buku biografi Saidina Ali ditulis oleh ulama terkenal asal India, Syed Abu Hassan Ali Nadwi. Judul asalnya ialah Al-Murtaḍā: Sīrah Amīr al-Muʾminīn Sayyidinā Abī al-Ḥasan ʿAlī bin Abī Ṭālib. Diterjemahkan dengan judul Ali bin Abi Talib: Kesatria Agung Sepanjang Zaman. Sebagai sebuah biografi, buku ini membuka tirai kehidupan Saidina Ali sejak kecil sehingga beliau syahid. Selain itu ia memuatkan kisah lain seperti kisah anak-anak beliau yang terkenal iaitu Al-Hassan dan Al-Hussain, peristiwa Karbala dan beberapa kisah keturunan Saidina Ali yang lain. Buku ini juga sarat dengan analisis sejarah dan peristiwa yang terjadi berkisarkan sosok Saidina Ali. Analisis ini memaparkan peribadi dan perwatakan Saidina Ali yang dapat dijadikan teladan dan hikmah untuk kita pelajari menjadi manusia yang lebih baik. #BukuIBDE #MenterjemahDunia #MalaysiaMembaca #Booktokmalaysia #PedomanHidup #BukuIslami #alibinabithalib