@astroaudionews: Wisma Putra pantau rapi perkembangan di beberapa negara Eropah, khususnya di Paris, Perancis susulan demonstrasi yang berlaku ketika ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata Kedutaan Besar Malaysia di Paris sedang teliti maklumat berhubung keadaan semasa, termasuk rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Warga Malaysia yang berada di Paris atau yang sedang bercuti di sana dinasihatkan untuk melaporkan keberadaan mereka kepada pihak kedutaan. #AstroAudioNews