@ybmohdisam: 20/10/2026 - Perbahasan Belanjawan 2027 Peringkat Dasar. HUTANG KERAJAAN PERSEKUTUAN Tuan Yang di-Pertua, 7. Sejak berakhirnya pentadbiran dominan Barisan Nasional pada tahun 2018, hutang Kerajaan Persekutuan adalah sekitar RM741 bilion atau 51.2 peratus daripada KDNK. 8. Pada waktu itu, angka tersebut diulang-ulang dengan nada yang panik. Rakyat telah ditakut-takutkan bahawa Malaysia bakal bankrap dan menuju jurang kehancuran ekonomi. 9. Kini, nadanya telah berubah. Naratifnya juga jauh berbeza. Dikatakan bahawa “tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 65.2 peratus pada tahun 2025, 64.0 peratus pada tahun 2026 dan dijangka 63.7 peratus pada tahun 2027”. 10. Memang lunak telinga mendengarnya. Hakikatnya apa? Hakikatnya, dari RM741 bilion pada tahun 2018, kini telah diunjurkan melonjak hampir RM1.4 trilion pada tahun 2027 iaitu peningkatan hampir dua kali ganda dalam tempoh kurang daripada satu dekad. 11. Adakah angka sebesar RM1.4 trilion hari ini diukur dengan ‘pembaris’ yang berbeza berbanding pada tahun 2018? 12. Mengapakah dahulu peningkatan hutang dituduh sebagai malapetaka buat negara tetapi hari ini apabila ianya mencecah RM1.4 trilion, hal ini dinormalisasikan sebagai urusan pentadbiran biasa tanpa sekelumit rasa bersalah kepada rakyat? 13. Harapan saya, hentikan segera segala percubaan untuk mendidik rakyat dengan meraikan ‘penurunan peratusan’, sedangkan jumlah mutlak hutang yang membebankan bahu mereka telah melonjak hampir dua kali ganda. 14. Cukup-cukuplah bermain dengan persepsi dan naratif yang mengelirukan. Kerajaan mesti berani bertanggungjawab dengan permainan angka yang dicipta sendiri. @mohdisam18
Mohd Isam
Region: MY
Wednesday 21 October 2026 07:03:57 GMT
Music
Download
Comments
hamka jais :
kalau tak menipu bukan PH la kan...🥶🥶🥶
2026-10-21 12:05:00
69
nasibujang1 :
60 tahun kerajaan . jamban pon x terurus .budak nak buang air pon x boleh .sudah la bn penyakau
2026-10-21 10:45:51
6
Radhie :
yg menyamun sbnarnya PH.
2026-10-21 12:24:50
45
ZAHIT NS :
Kerajaan Taraf Jamban
2026-10-21 12:15:05
37
RIDUAN BIN HAJI MAHMUD :
Terbaik yb… tolak pakatan hancing
2026-10-21 13:04:43
53
anuartayib :
yeppiii
2026-10-21 13:14:55
1
pro :
terbaik MP BN....
2026-10-21 10:49:20
35
kak ani :
[Tears of joy][Tears of joy][Tears of joy] pakar ekonomi pH terbaik..jom Kita menangkn BN Dan Pas dipru 16
2026-10-21 10:32:34
39
💪abang long💪 :
org pH sakau
2026-10-21 12:29:50
25
bengkok :
Stready Yb🙏👍😂
2026-10-21 18:26:33
0
cikkhai4 :
bro dulu dunia masih baik bro?
sekarang dunia bebiza bro?
ph tetap terbaik bro sakau tiada
2026-10-22 00:13:39
4
Pyan :
Masa tu pm kau sakau kau tak sebutkan
2026-10-21 13:26:21
2
Kamarul Zaman :
geng umno penyamun ni pandai bukan depa x tahu xpi saja buat ona
2026-10-21 11:55:33
1
MY :
terbaik yb
2026-10-21 08:22:59
15
syaifool1 :
Inilah hasil kerajaan PKR PH yg ditubuhkan yg menjadikan fitnah sebagai mainan..kifarah dirasai semua rakyat.. tiada keberkatan. Hutang semakin tinggi.. tolong selamatkan malaysia ini..
2026-10-21 14:06:26
8
ABU :
Dulu hutang sedikit sakau ny banyak skg hutang banyak tp hasil ny banyak dan tak ada sakau
2026-10-22 02:11:17
0
user2936977224240 :
jika PH, buat tak apa, rakyat jadi hakim, jg undi Ph kalau tak nak negara muflis, 1.4 trilon,
2026-10-21 13:39:05
9
ismail :
BELASAH CUKUP² TUAN. DAP PEROMPAK TERANCANG
2026-10-21 15:25:41
5
mohdzamani abu :
PRU16 Kita tolak PKR DAP...
2026-10-22 02:47:48
2
cikkhai4 :
tolak umno pas
2026-10-22 00:14:23
1
dzul :
PH@DAP kasi hancur n jahanam kita
2026-10-22 00:23:48
3
Khamis bin mayui Khamis bin ma :
👍👍👍👍👍 fakta
2026-10-21 12:39:45
4
Good Friday :
2026-10-21 11:13:56
4
Cikgu Muslimin Yahaya :
dahsyat...
2026-10-21 11:03:17
3
J :
Triliun Triliun Triliun ...nyanyikan ini dlm kempen PRN dan PRU16 😂..
2026-10-21 16:36:23
1
To see more videos from user @ybmohdisam, please go to the Tikwm
homepage.