@onnhafiz: Syukur Alhamdulillah, saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana Negara (MPBN) Bilangan 1 Tahun 2026 yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pelbagai ancaman bencana, termasuk situasi jerebu semasa, fenomena El Niño serta persediaan menjelang Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027. Isu jerebu menjadi antara perkara penting yang diberikan perhatian, khususnya apabila Johor telah berdepan episod jerebu sejak 25 Ogos lalu, dengan beberapa kawasan pernah merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat. Keadaan ini amat membimbangkan kerana bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah turut memberi kesan langsung terhadap kesihatan dan kehidupan seharian rakyat. Ancaman jerebu rentas sempadan juga tidak boleh dipandang ringan. Justeru, Kerajaan Negeri Johor terus menekankan kepentingan kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan, agensi berkaitan serta negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pemantauan titik panas, pencegahan dan pengawalan kebakaran serta penyelarasan tindakan bagi menangani risiko pencemaran udara rentas sempadan. Dalam masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027, merangkumi ramalan cuaca, persediaan menghadapi banjir, pemantauan kawasan berisiko tanah runtuh serta penyelarasan operasi tindak balas bencana di semua peringkat. Bagi Johor, kesiapsiagaan menghadapi bencana akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan semua agensi berkaitan akan terus diperkukuh, khususnya dalam aspek sistem amaran awal, kesiapsiagaan petugas, penyelarasan bantuan serta langkah pengurangan risiko bencana. Persediaan awal dan tindakan yang pantas amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara. Kepada seluruh Bangsa Johor, marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah SWT sentiasa melindungi negeri Johor dan seluruh negara daripada sebarang musibah dan bencana. Semoga segala ikhtiar dan kerjasama yang dilaksanakan dapat memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor
Onn Hafiz
Region: MY
Wednesday 21 October 2026 09:55:57 GMT
Music
Download
Comments
🌹shah :
Jerebu buat kita sedar, udara yang sihat adalah nikmat yang kita selalu lupa untuk syukuri
2026-10-21 10:07:51
1585
Wan Z Helmi :
Dato’…bila nk start balik jualan kasih johor..??
2026-10-21 18:02:30
24
🎀 MVNNNNNN :
Alhamdulilah keadaan semakin pulih.Pasir Gudang dah xberkabus dan berbau terbakar mcm sebelum. Moga ank2 dah boleh beriadah diluar diwaktu petang main bola bersama kawan2 dan sekolah seperti biasa.
2026-10-21 10:04:52
104
sis Leona :
Terbaik MB kerana sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat..
2026-10-21 10:46:03
22
pojie :
Alhamdulillah,bersyukur dapat pemimpin seperti MB Johor 🤲🏻
semoga MB Johor sentiasa diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan
2026-10-21 10:43:52
19
^AA^ :
kami dan nampak semula langit kami yang membiru di bumi johor 🥰
2026-10-21 11:15:09
7
MUSZY :
moga Johor lekas sembuh Dari jerebu.
2026-10-21 12:58:59
6
Avacado🦋 :
🥰yeay first
2026-10-21 09:58:05
4
Fajar Selatan FC ⚽️ :
Alhamdulillah ❤️💙 semakin pulih
2026-10-21 10:00:40
2
ahmadhaikal2022 :
Alhamdulillah, kerajaan siap siaga dgn apa jua keadaan dan persediaan menghadapi bencana.demi bangsa Johor.
#PKu10
2026-10-21 10:17:06
4
Johar Samat :
Alhamdulillah, #KKJB38
2026-10-21 10:41:47
2
Zamri :
Alhamdulillah syukur ..jerebu insyaaAllah akan hapus ...
2026-10-23 11:18:31
0
Faizah samad :
Syabas YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi yg sentiasa prihatin dan cakna kebajikan bangsa Johor..Mudah mudahan asbab jerebu ini bertambah dekat kt dengan Allah memohon keselamatan ...rahmat dan perlindungan hanya pada Allah
Mudah mudahan Negeri Johor dlm limpah rahmat kasih sayang Allah
اللهم امين يا رب العالمين
2026-10-21 14:01:17
1
Amran :
Alhamdulilah...Terima kasih Dato' Onn Hafiz Ghazi.....
2026-10-22 13:24:20
0
chynta hatty :
Punca jerebu adalah pembakaran yg disengajakan.. setiap tahun kita hadap sedangkan mrk dpt keuntungan.. apa tindakan kerajaan Malaysia?? Sgapore dh start tindakan undg2…
2026-10-21 11:41:54
1
𝘌𝘡 ~ 𝘎 𝘙 𝘖 𝘖 𝘛 :
🥰🥰🥰
2026-10-22 09:32:08
0
﮼حاني 🎀 :
Ya Allah😭🥺
2026-10-23 13:31:31
0
nrshdh.mel :
2026-10-21 09:58:58
0
bunga larangan :
awal bulan flight balik jb...putih je dari atas...
2026-10-22 04:27:31
0
@nakno.2 :
tq Dato
2026-10-22 03:51:42
0
minju's alien kai :
masih cuti sekolah kan
2026-10-22 08:10:12
0
Melia Design HQ :
Moga lebih baik
2026-10-22 09:07:59
0
AhmadfarisAbas :
2026-10-22 04:53:46
1
rokiahsekap :
syukur alhamdulillah.kt jb dah nampak matahari ku..atuk and nenek dah boleh bernafas elok sikit.terima kasih ya Allah 🤲
2026-10-21 11:36:48
1
🌹 Ieka Zulaika🌹 :
semoga dipermudahkan segala urusannya
2026-10-21 09:59:14
0
To see more videos from user @onnhafiz, please go to the Tikwm
homepage.