@akang_welter: Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini selepas didapati bersalah atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,600 antara 2016 hingga 2023. Keputusan itu dibuat Hakim Sazlina Safie selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan terhadap tertuduh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, 56. "Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua elemen kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi semua 46 pertuduhan," katanya. "Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas kesemua pertuduhan. "Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lapan bulan bermula dari tarikh sabitan, dengan semua hukuman penjara berjalan serentak," katanya ketika membacakan penghakimannya hari ini. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan, susulan permohonan yang dikemukakan peguamnya, Datuk M Athimulan. Mahkamah kemudiannya memerintahkan Mohd Azhar membayar wang jaminan tambahan sebanyak RM5,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM30,000. . Berita penuh di halaman Facebook kami.

Informasi & Viral Video
Informasi & Viral Video
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 21 October 2026 10:44:19 GMT
4026
45
5
3

Music

Download

Comments

remy_curve
Remy_Curve :
7 bulan jer?,,,patutnya 7 tahun,,,ambik rasuah 7 tahun berapa ramai ank bangsa yg jahanam?
2026-10-21 14:50:57
0
an4ssssssssss
an4sssssssssss :
Ye
2026-10-21 12:12:48
0
pjg5115
5115😎 :
8 bln je...nmpk sngt xde intergriti dlm kerajaan✌️✌️✌️
2026-10-21 10:58:23
0
renren4163
Ren Ren :
botuh la tk berbaloi langsung hukuman
2026-10-21 11:47:06
0
ahmad.aziman8
Ahmad 〽️ :
lagi lama orang curi susu
2026-10-21 15:09:23
0
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About