@mediaselangor: Larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze bagi anggota perkhidmatan awam hanya terpakai ketika menjalankan tugas rasmi. Berdasarkan jawapan bagi soalan lazim (FAQ) berhubung surat arahan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bertarikh 20 Okt, penjawat awam bagaimanapun digalakkan menyahpasang aplikasi itu daripada peranti masing-masing dan beralih kepada aplikasi navigasi alternatif tempatan yang bersesuaian. “Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maklumat negara, mengambil kira potensi pengumpulan data lokasi dan pergerakan pengguna di luar waktu bekerja, bergantung pada tetapan peranti serta kebenaran akses aplikasi,” katanya. #MediaSelangor #Waze #KSN #penjawatawam