Nana Amin :
Assalamualaikum Pak Prabowo. Apa khabar? Harap diberi kesihatan ya. Saya nak bercakap tentang kabus asap (jerebu) yang setiap tahun datang dari Indonesia sehingga ke Malaysia. Pak, asap dari pembakaran hutan itu membuatkan rakyat Malaysia susah nak bernafas. Ramai yang batuk, tekak gatal-gatal, sesak nafas. Sekolah terpaksa tutup, pelancongan jadi sepi, dan orang-orang yang bekerja di kebun tak boleh bekerja. Yang susah bukan cuma orang Malaysia Pak, orang Indonesia yang bekerja di kebun Malaysia pun ikut susah akibat asap ini. Tak boleh kerja, tak dapat duit, macam mana nak teruskan hidup, macam mana nak hantar duit untuk anak isteri di Indonesia? Oleh itu, janganlah masalah ini dijadikan gurauan atau bahan lawak, (jangan) cakap yang hutan Indonesia dah hantar oksigen untuk Malaysia. Habis tu, hutan Malaysia ni apa, cuma pokok plastik ke, tak boleh hasilkan oksigen? Pak Prabowo, tolong masalah ini segera ditangani, pembakaran hutan mesti dipadamkan. Jangan lagi setiap tahun Malaysia dan Indonesia sama-sama merana kerana jerebu. Kita semua mahukan langit yang terang benderang, udaranya bersih, nafas lega dan hidup sihat selamanya. Saya ucapkan terima kasih, Bapak Presiden.
2026-10-22 06:12:37