@ebook.by.ashdinaraa: Saat Kembalinya Cinta | RM16 | Ready File Teaser 3 (Kena Tegur Gadis Kerek) “Daddy!” Haidar yang sejak tadi berjalan mundar-mandir di depan kawasan sekolah terus angkat wajah. “Haura!” Haidar seru nama anaknya. Rasa resah yang dirasakan sejak tadi bertukar dengan rasa lega. Haura berlari anak menuju ke arahnya. Haidar menghela nafas panjang. Dia depakan tangan menyambut kedatangan Haura. “Haura sayang. Haura ke mana?” soal Haidar sambil memeluk tubuh kecil itu. Suara Haidar kedengaran perlahan menandakan rasa lega yang tak dapat diungkap. Saat mereka sedang berpelukan muncul seorang gadis di situ. “Encik…” Haidar berdiri tegak sambil mengalihkan pandangan pada gadis itu. “Ya cik.” “Encik daddy Haura ke?” soalnya lagi. Haidar mengangguk. Gadis itu tersenyum nipis. Di tangannya terdapat sebuah beg sekolah kecil berwarna merah jambu. “Haura tertinggal beg sekolah dekat kafe. Nasib baik saya perasan.” Haidar mengangguk. Beg sekolah bertukar tangan. “Terima kasih,” ucap Haidar. Tetapi riak wajah gadis itu membuatkan Haidar rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Gadis tersebut memandang Haura, kemudian kembali memandang Haidar. “Lain kali, mungkin encik boleh lebih peka sikit dengan anak.” Haidar terdiam. “Saya…” Haidar tak sempat habiskan ayat namun diterjah lagi dengan kata-kata nasihat yang kedengaran agak sinis dari gadis itu. “Budak macam ni kalau di biarkan seorang diri, macam-macam boleh berlaku. Bahaya.” Nada gadis itu masih kedengaran sopan, tetapi sindirannya cukup tajam untuk menusuk ke hati. “Orang sekarang pandai buat anak, tapi tak tahu jaga.” Sambung Aisya lagi. Haidar mengetap rahang. Menahan sabar. Dia tahu dia telah melakukan kesilapan. Tapi rasa tak puas hati pula bila gadis ini berkata begitu padanya. Untuk beberapa saat, dia benar-benar mahu membalas tetapi dia menahan rasa. Saat matanya jatuh ke wajah Haura yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya, dia memilih untuk menelan kemarahannya. “Baik cik, terima kasih sebab tolong tengokkan anak saya.” Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. #saatkembalinyacinta #teamashdinaraa #ashdinaraaebookbestseller #ashdinaraa #happyending

eBook By Ashdinaraa
eBook By Ashdinaraa
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 22 October 2026 05:42:02 GMT
6979
35
0
2

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @ebook.by.ashdinaraa, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About