@drve.puremoist: Jangan sampai kehabisan!!!! segera di co sekarang juga ya guys✨✨✨✨#Facecream #sarangburungwallet #fyppp #moots? #drveskincare #moots #facecream #mootss? #fyp

Drve.puremoist
Drve.puremoist
Open In TikTok:
Region: ID
Thursday 22 October 2026 06:36:52 GMT
585
2
0
0

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @drve.puremoist, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

KUALA LUMPUR, 26 Okt - Tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Rafizi Ramli menyaman Naib Presiden parti itu, Dato' Sri R. Ramanan disifatkan sekadar berisiko mengalihkan perhatian rakyat daripada menuntut bukti dakwaannya sebelum ini. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol menggesa beliau untuk tidak berselindung di sebalik pertikaian undang-undang sebaliknya perlu segera mengemukakan bukti sahih bagi menyokong setiap pendedahan yang telah dibuat.
KUALA LUMPUR, 26 Okt - Tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Rafizi Ramli menyaman Naib Presiden parti itu, Dato' Sri R. Ramanan disifatkan sekadar berisiko mengalihkan perhatian rakyat daripada menuntut bukti dakwaannya sebelum ini. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol menggesa beliau untuk tidak berselindung di sebalik pertikaian undang-undang sebaliknya perlu segera mengemukakan bukti sahih bagi menyokong setiap pendedahan yang telah dibuat. "Rakyat nak tahu, apa asas kepada dakwaan yang dibuat sebelum ini, kalau ada bukti, kemukakan bukti," tegasnya mempersoalkan rasional tindakan perundangan tersebut yang dilihat cuba menutup polemik sebenar. Terdahulu, Rafizi telah mengarahkan barisan peguamnya untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap Ramanan susulan sebuah sidang media yang menyentuh mengenai penafian isu dakwaan suapan bernilai RM9.5 juta. Ketegangan politik ini turut memuncak selepas Rafizi dilaporkan mencadangkan agar Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen atas dakwaan membuat kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat. Mengulas mengenai tahap akauntabiliti yang perlu dipikul oleh bekas Menteri Ekonomi itu, Dzul Hilmi mengingatkan bahawa seseorang yang lantang menyoal pihak lain mestilah turut bersedia untuk memberikan penjelasan secara telus. "Politik soal tanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuat kepada rakyat, kalau kita melemparkan dakwaan yang serius, kita mesti bersedia mempertahankan dakwaan itu dengan fakta," tegas beliau bahawa tindakan mengheret kes ke mahkamah tidak akan menjawab persoalan utama masyarakat. Sebelum ini, kemelut tegang antara kedua-dua pemimpin itu tercetus apabila Ramanan secara terbuka melabelkan Rafizi sebagai pembohong bersiri yang sering mengeluarkan kenyataan tidak benar serta gemar membuat kutipan wang awam apabila tewas kes saman di mahkamah. Kredit foto: Astro Awani, Berita Harian #BeritaKS

About