@dearryna: semalam baru je kami cakap pasal awak, Kiki. kami siap cakap, “taktahulah Kiki ni mampu bertahan sampai bila” kami maksudkan “sampai bila kiki akan hidup dengan kami?” tak sangka, hari ni kami dapat tahu awak dah kena tangkap 😭 kesian awak, Kiki… sampai terberak depan rumah. selama ni tak pernah pun awak buat macam tu, tapi tiba ii hari ni awak berak depan rumah. entahlah, Kiki… kalau tahu ini yang akan jadi, rasa macam nak luangkan lebih banyak masa dengan awak 🥹 saya tak salahkan sesiapa. saya cuma terlalu sedih, sedih yang tak mampu nak digambarkan dengan kata ii, bila dapat tahu dari pihak berkuasa yang anjing yang tak dituntut dalam tempoh tiga hari akan dilupuskan, hati saya terus hancur lepas dengar, berderai air mata. sumpah, saya tak kuat, Ya Allah 😭💔 bukan kami tak nak bela awak, Kiki. bukan kami tak sayang awak. kalau ikutkan hati, kami nak sangat jaga awak, nak pastikan awak selamat. tapi kami orang Islam, dan keadaan ini bukan sesuatu yang mudah untuk kami. berat sangat ujian kali ni.. nak bantu, tapi terasa macam tangan sendiri terikat… nak selamatkan awak, tapi tak tahu macam mana. 🥹 maafkan kami, Kiki… maaf sebab kami tak mampu buat lebih daripada ini untuk awak. awak tak tahu betapa sedihnya hati kami bila fikirkan apa yang bakal jadi pada awak.. 🙃 kalaulah awak faham betapa kami sayangkan awak, Kiki. awak cuma seekor anjing yang tak tahu apa ii, yang cuma nak hidup dan mencari tempat untuk berteduh. awak tak pernah minta banyak kiki. awak baik. baik sangat sangat ki 😭 tapi awak dikategorikan “anjing liar” kerana awak tiada tuan 🥺 maafkan kami Kiki. semoga Allah permudahkan segala urusan awak, lindungi awak daripada perkara yang menyakitkan dan hadirkan seseorang yang mampu menyelamatkan awak. kami cuma berharap masih ada peluang untuk awak terus hidup. 🥹🤎 i love you, Kiki 🥰🤎
vryna
Region: MY
Thursday 22 October 2026 07:49:48 GMT
Music
Download
Comments
To see more videos from user @dearryna, please go to the Tikwm
homepage.