@a..star..official: https://getstartedtiktok.partnerlinks.io/ie3ala8176rz KUCHING: Dua pelajar sebuah sekolah swasta di sini menunjukkan keberanian apabila tampil membantu seorang guru wanita yang cedera ketika cuba merampas objek tajam daripada seorang pelajar berusia 16 tahun dalam kejadian semalam. Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata, keberanian kedua-dua pelajar itu wajar dihargai, begitu juga tindakan guru berkenaan yang berusaha melindungi pelajarnya ketika kejadian. “Saya turut mendoakan agar guru yang cedera segera pulih,” katanya selepas mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan dan bertemu pengetuanya bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kejadian serta keadaan warga sekolah, pagi tadi. Wee turut menghargai usaha pihak sekolah membantu pelajar dan kakitangan kembali menjalani rutin persekolahan seperti biasa. Kehadiran pelajar di sekolah berkenaan hampir mencecah 80 peratus hari ini, sehari selepas sesi persekolahan ditamatkan lebih awal susulan kejadian itu. Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video, gambar atau maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak yang terlibat dalam kes berkenaan kerana perbuatan itu boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001. Menurutnya, perlindungan identiti bukan sekadar melibatkan nama dan alamat, malah turut merangkumi maklumat mengenai sekolah, keluarga serta bahan visual yang boleh menyebabkan kanak-kanak dikenal pasti. Beliau turut menggesa orang ramai menghentikan penyebaran rakaman kejadian dan mengelakkan spekulasi yang boleh menambahkan tekanan emosi kepada individu terlibat, keluarga serta warga sekolah. Pada masa sama, sokongan kesihatan mental dan kesejahteraan emosi perlu diberikan melalui kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan golongan profesional, selaras dengan Pelan Tindakan Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak Kuching Selatan (CFCI). RujukanGeografi Sementara itu, Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957. Menurut maklumat awal siasatan, pelajar terbabit dilaporkan membawa mercun dan mencederakan guru berkenaan menggunakan kapak. Guru itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pihak sekolah memaklumkan keadaannya semakin pulih serta tidak mengalami kecederaan kritikal. Pelajar yang didakwa terlibat pula berada dalam tahanan polis dan tidak lagi berstatus pelajar aktif di sekolah berkenaan. Susulan kejadian itu, pihak sekolah memperketat kawalan keselamatan melalui penempatan tiga anggota polis bantuan serta pemeriksaan terhadap individu yang memasuki kawasan sekolah. #sekolahantarabangsa #kuchinginternationalschool #tunkuputra #fyp #foryou
a.STAR Premium News
Region: MY
Thursday 22 October 2026 11:58:41 GMT
Music
Download
Comments
UNMO :
HOW'S THE TEACHER NOW??
IS SHE OK?
2026-10-22 13:59:08
65
fine :
skyur cikgu ni selamat... skyur pelajar lain juga turut membantu cikgu ini...
2026-10-23 08:33:20
0
mastermichaelliew :
🥰❤️great future for such teens
2026-10-24 04:42:12
0
Uncle Bob :
murid seorang yang selamat guru tu memang saya respect la... patut di beri penghargaan & dipuji dikala yang lain lari ... moga guru tu baik baik saja
2026-10-22 23:41:21
36
VincenT♧◇♤♡ :
harap cikgu tu dpt fight ke mahkamah. keadilan [Pray]
2026-10-22 13:03:06
27
Dayakiban :
harap cikgu saman parent budak tu...
2026-10-23 03:16:58
1
gemini84 :
nak ke cikgu²saman murid die..
2026-10-23 07:00:28
0
Mr.🐧 :
harap cikgunya dapat keadilan yg memuaskan.. jangan kerana budak tu cucu orang ternama banyak duit dapat lepas tangan dari pada undang² dan keadilan salah tetap salah..
2026-10-23 00:41:27
5
thereds :
pelajar yg berani menolong guru ini patut d beri full scholarship....2 life were
being saved
2026-10-23 09:23:20
2
ugus123 :
Kasin tu ckgu nasib x korban truss.. smoga ckgu sihat-sihat selaluu🙏
2026-10-22 15:00:56
4
marsianahlawrensu :
Allahuakbar 😭
2026-10-23 22:44:13
0
verra95 ,n95 Sipitang :
semoga cikgu sihat2 sllu
2026-10-23 00:07:28
0
sam :
jika didapati bersalah,byr denda je lepas lah tu.
denda kalau setakat rm5 kacang je tu.even rm10k keluarganya mampu byr.
2026-10-24 00:05:06
0
arie727772 :
ini perlu siasatan kpda ibu bapa nya. betul atau ada di sebalik nya
2026-10-23 16:32:35
0
anak perantau :
semoga ckgu sihat² selalu
2026-10-22 16:07:15
0
Siang :
Nak tahu apa hukum berat dia
2026-10-22 14:36:11
7
Bon78 :
aik pakai kapak ka..polis cakap pennife saja
2026-10-23 01:50:07
1
UNMO :
THANK YOU MOTH...
2026-10-26 15:13:40
0
umiii :
nk tou punce mesti de sbb.stiap yg brlaku brsebab
2026-10-22 12:11:49
11
ABABIL :
DATO BANDAR... KETUA POLIS DAERAH KENA BAGI SURAT KEPUJIAN ATAU APA2 ANUGERAH
2026-10-22 13:32:04
5
Zul :
Sekolah pun dah tak selamat
2026-10-22 12:43:19
8
Kiev Benz :
Mcm tak membantu ja pun 0elajar tu peluk, tetap kapak boleh serang. Cuma dia tak serang pelajar tu, nasib la.
2026-10-23 00:30:19
0
Mey Kelvin :
Mak bapak dya pun mesti kena tangkap
2026-10-22 14:54:07
3
kelapa condong :
mungkin pelajar itu sakit mental
2026-10-22 13:18:57
3
Maszvillea :
unsung hero..sbb tu aku syg kawan2 saudara2 borneo ku ni .pantang undur kecuali operasi.. sbb aku membayangkan,kalo xde sape kejar budak tu hentikan dia..mesti lg bnyk damage been done..kann..congrates unsung hero..termasuk cikgunya
2026-10-23 02:59:33
2
To see more videos from user @a..star..official, please go to the Tikwm
homepage.