@akang_welter: Sebanyak 6.4 tan minyak masak yang disyaki diseleweng termasuk minyak masak peket bersubsidi dirampas dalam serbuan di sebuah stor tidak bernombor di Kampung Sanglang, Nibong Tebal, semalam. Rampasan bernilai RM20,166 itu dilakukan menerusi operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Utara bagi membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan. Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, dalam operasi kira-kira jam 3 petang, semalam pihaknya menerima serahan kes tangkapan berkaitan minyak masak daripada Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pulau Pinang yang diketuai seorang pegawai bersama lima anggota. Menurutnya, seramai tiga individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan berkenaan ditahan terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing. "Kesemua mereka akan direman bagi membantu siasatan lanjut. "Hasil pemeriksaan di lokasi, pihak penguat kuasa menyita kira-kira 900 kilogram (kg) minyak masak peket bersaiz 1kg serta 4,000 unit plastik minyak masak peket yang sudah dipotong," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, turut dirampas minyak masak yang disyaki disimpan dalam enam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dengan anggaran kuantiti sebanyak 5,500kg. . Berita penuh di halaman Facebook kami.

Informasi & Viral Video
Informasi & Viral Video
Open In TikTok:
Region: MY
Thursday 22 October 2026 13:00:29 GMT
1371
17
3
12

Music

Download

Comments

mks8284
Muhammad Kamil Shariffuddin 🇲 :
penjarakan jer lah..
2026-10-22 13:19:44
0
botak870_
bOtak87_ :
Ptut aq nk beli xde.. Smgu lbh dh cri
2026-10-22 13:13:57
0
user1461240510763
KEDAH NI BOSS :
sabit mnyak nak dapat satupeket pun susah rupanya mcm ni nk goreng lauk pun susah
2026-10-22 13:37:32
0
To see more videos from user @akang_welter, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About